PUTRAJAYA – Pada 24 Februari yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran berjaga-jaga di 10 kawasan seluruh negara berikutan fenomena gelombang haba Tahap 1.

Bacaan data gelombang haba setakat 24 Februari 2019

Malaysian Meteorological Department/Facebook

Menerusi laman rasmi MetMalaysia, 10 kawasan yang dilanda gelombang haba Tahap 1 itu adalah di Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak), Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan juga Muar (Johor).

Amaran ini telah dikeluarkan berikutan berlakunya peningkatan suhu di kawasan-kawasan terbabit antara 35°C dan 37°C selama tiga hari berturut-turut.

Bacaan data gelombang haba setakat 25 Februari 2019

Malaysian Meteorological Department/Facebook

Berdasarkan pemantauan keseluruhan cuaca bagi bulan Februari pula, MetMalaysia melaporkan bahawa kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia berhadapan dengan keadaan cuaca yang kering dengan bacaan hujan yang kurang daripada 150mm.

“Perlis, bahagian selatan Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka akan menerima purata bacaan hujan yang kurang pada bulan ini.”

Tambah laporan tersebut, “Sabah juga dijangka untuk mengalami purata hujan yang kurang sepanjang Februari. Bagaimanapun, Kuching dan Samarahan, Sarawak diramal akan menerima purata hujan yang lebih tinggi di antara 600mm dan 700mm.”

Odisha News Insight

Menurut MetMalaysia lagi, amaran Tahap 2 akan dikeluarkan apabila suhu maksimum melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut. Setelah mendapat pengesahan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, amaran Tahap 2 ini membolehkan agensi berkaitan untuk mengambil langkah kecemasan yang wajar seperti penutupan sekolah.

Amaran Tahap 3 pula akan dikeluarkan apabila suhu melebihi 40°C selama tiga hari berturut-turut. Pengumuman ini akan dilakukan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sekali gus membolehkan Perdana Menteri mengumumkan darurat.

Sumber: NST, Malaysian Meteorological Department/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular