PUTRAJAYA – Pihak kerajaan mula mengambil langkah pertama untuk menghapuskan mekanisma kutipan tol dengan mengadakan rundingan bersama Gamuda Berhad bagi mengambil alih konsesi lebuh raya.

Berdasarkan kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, penghapusan kutipan tol akan membabitkan beberapa lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan juga Terowong SMART.

“Dengan kejayaan pengambilalihan itu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada dan sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan,” jelas kenyataan terbabit.

“Melalui inisiatif yang akan diperkenalkan itu, pengguna lebuh raya hanya akan dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.”

Tambahnya lagi, “Kadar tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu off-peak antara jam 11 malam dan 5 pagi yang mana penggunaan lebuh raya adalah percuma. Pengguna juga akan menikmati diskaun 30% berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.”

Kosmo

Pelaksanaan bayaran caj kesesakan tersebut dilaporkan akan menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya dan juga bayaran pinjaman.

“Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam seluruh negara. Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai.”

Astro AWANI

Terdahulu, pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menabur janji menerusi pilihan raya lalu untuk mengambil alih konsesi lebuh raya dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya.

Sumber: BH OnlineKosmo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular