CHINA – Seorang juruterbang bagi penerbangan China dirakam sedang tidur di dalam kokpit sewaktu menerbangkan sebuah pesawat yang dipenuhi penumpang kini ditahan bagi siasatan lanjut.

Dalam video pendek berdurasi lebih 30 saat yang dirakamkan oleh pembantu juruterbang itu, kelihatan juruterbang bagi pesawat Boeing 747 melelapkan matanya semasa mengemudi pesawat.

FlyerTalk

Media melaporkan bahawa juruterbang berkenaan yang dikenali sebagai Weng Jiaqi adalah pegawai kanan bagi China Airlines yang memiliki pengalaman lebih daripada 20 tahun.

Video ini mula menular beberapa hari selepas para juruterbang China Airlines menamatkan protes selama 7 hari berturut-turut berkenaan isu keletihan juruterbang dan waktu kerja yang panjang. Bagaimanapun, pihak syarikat penerbangan itu mendakwa klip video berkenaan telah dirakamkan sebelum insiden protes itu berlaku.

Weng dilaporkan sering melakukan penerbangan antarabangsa ke negara seperti Tokyo, Okinawa, Seoul dan juga Hong Kong. Malah, beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar di Pusat Latihan Penerbangan China Airlines.

Berdepan dengan tuduhan mengabaikan prosedur keselamatan penerbangan, Weng kini dikhabarkan sedang menerima hukuman yang setimpal. Malah, beliau sendiri dengan sukarela mengakui perbuatannya tidur di dalam kokpit.

“Pembantu juruterbang juga telah diberikan teguran mengikut peraturan. Keselamatan penerbangan merupakan salah satu perkara penting bagi China Airlines,” kata syarikat kepada MailOnline.

“Keletihan tidak dapat dielakkan. Tetapi sebagai pegawai kanan, juruterbang perlu menunjukkan contoh baik kepada subordinatnya. Jika juruterbang terlalu letih, dia perlu mengingatkan kru lain dan meminta mereka memantau keadaannya,” kata seorang juruterbang China Airlines lain kepada EBC News.

Sementara itu, terdapat juga garis panduan yang menyatakan bahawa juruterbang boleh tidur di dalam kokpit sewaktu mengemudi perjalanan yang jauh dan keadaan ini disebut sebagai ‘rehat terkawal’. Dalam situasi ini, juruterbang dikehendaki menolak kerusinya ke belakang dan tidak berada berdekatan alat kawalan.

Bantahan 7 hari secara rasminya telah ditamatkan pada Khamis lalu apabila pihak penerbangan dan juga Kesatuan Juruterbang Taoyuan telah menandatangani perjanjian yang merangkumi aduan tentang lebihan kerja serta keletihan juruterbang.

Mereka juga sebulat suara untuk melakukan promosi dan latihan pembantu juruterbang selain menggantikan pengurus syarikat penerbangan yang bertanggungjawab dalam aspek tenaga kerja.

Biro Penerbangan Awam Taiwan menyatakan bahawa jika juruterbang melakukan penerbangan melebihi 12 jam, mereka perlu diberikan cuti sekurang-kurangnya 24 jam.

AirLive.net | YouTube

Sumber: DailyMail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular