KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga tempatan berjaya ditahan selepas dipercayai bertindak memasang alat peranti penggodam di sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini, Ahad lalu.

Mereka yang masing-masing berusia 30, 33, dan 48 tahun itu berjaya ditahan di sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan mesin ATM tersebut.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, penahanan ketiga-tiga suspek berkenaan susulan aduan diterima dan pemeriksaan dibuat di mesin ATM berkenaan kira-kira jam 9.30 malam.

Info Roadblock JPJ/POLIS

“Hasil pemeriksaan di mesin ATM terbabit terdapat satu unit benda asing yang mencurigakan dilekatkan pada ruangan atas papan kekunci mesin ATM dan satu lagi pada ruangan masuk kad ATM.

“Pemeriksaan lanjut ke atas alat tersebut dikenal pasti sebagai komponen pengimbas kad kredit atau debit slot yang dilekatkan pada ruangan masuk kad dan satu lagi adalah alat perakam video yang dilekatkan pada ruangan atas papan kekunci,” katanya dalam satu kenyataan.

Info Roadblock JPJ/POLIS

Dalam video dikongsi oleh Info Roadblock JPJ/POLIS yang telah menjadi tular, menunjukkan alat komponen pengimbas kad kredit atau debit slot yang dipasang oleh penjenayah sedang dicabut:

Sumber: Sinar HarianInfo Roadblock JPJ/POLIS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular