Siapa sahaja yang tidak mengenali pelawak terkenal tanah air iaitu Mr. Os yang pernah menggegarkan industri hiburan negara dengan lawak jenaka menghiburkan.

Bagaimanapun, allahyarham Mr. Os telah pergi menemui pencipta-Nya pada bulan April tahun 2016 dan peristiwa ini membakar semangat anak perempuannya, Syafiqah Hayra untuk mengejar impian bergelar sebagai seorang doktor!

Instagram

Syafiqah kini menjadi kebanggaan keluarga dan kejayaannya meraih segulung ijazah kedoktoran di Mesir turut menjadi buah mulut netizen.

Ketika ditemubual oleh portal Astro Gempak, Dr Syafiqah Hayra telah meluahkan rasa pilunya kerana arwah bapanya tidak sempat menyaksikan kejayaan manisnya itu. Bagaimanapun, Syafiqah sempat mendedikasikan kejayaannya itu khas kepada bapa tercinta.

Instagram

“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan. Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah, ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita”.

Instagram

Syafiqah turut menceritakan bahawa bapanya sentiasa menasihati dirinya untuk menjadi seorang doktor yang berjaya serta menyumbang bakti kepada masyarakat demi Allah s.w.t. Kata-kata inilah yang menjadi pembakar semangat untuk beliau meneruskan cita-cita demi memenuhi hasrat bapanya itu.

Instagram

Akan tetapi, sewaktu arwah Mr. Os meninggal dunia, Syafiqah tidak dapat pulang untuk melihat jenazah arwah buat kali terakhir memandangkan tiada penerbangan ke Malaysia pada ketika itu.

Perkongsian kisah kejayaan Dr Syafiqah ini membuatkan netizen memberikan pelbagai reaksi positif dan kata-kata semangat buat gadis manis itu.

Instagram

“Alhamdulillah.. Walaupun arwah seorang pelawak dan pemandu teksi, dia tetap merendah diri. Bangga saya dia orang sekampung di Kuala Kangsar”.

Instagram

Seorang lagi netizen memberi komen, “Al-Fatihah. Ayah anda seorang yang sangat baik. Saya pernah tengok di Hospital Selayang, dia selalu bagi duit kepada pengawal keselamatan”.

Sumber: Oh My Media , Gempak

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular