Perkahwinan adalah salah satu titik kehidupan yang sangat diberi perhatian dan setiap orang mahu melangsungkannya dengan sesempurna yang mungkin. Mengikut citarasa peribadi masing-masing, majlis perkahwinan pastinya akan meninggalkan memori paling manis dalam hidup setiap orang.

JesseLumen/Imgur

Begitulah juga halnya dengan sepasang pasangan yang manis, Jesse dan Audrey. Baru-baru ini, mereka melangsungkan majlis perkahwinan dalam sebuah majlis yang sangat luar biasa, tetapi melihat kepada bukti bergambar yang diperolehi, kami pasti semua orang gembira dengan idea-idea luar biasa pasangan ini.

Audrey Moore/Instagram

Audrey Moore/Instagram

“Terdapat banyak tekanan untuk melakukan perkahwinan ‘tradisional’ walaupun konsep itu tidak mewakili hubungan anda!” memetik kata mereka di Imgur. Dan di antara banyak idea menarik yang dilangsungkan, cara berpakaian bagi majlis perkahwinan tersebut ternyata menjadi idea yang paling menonjol.

Audrey Moore/Instagram

Menurut pasangan ini, mereka fikir bahawa sangat menyedihkan apabila kebanyakan wanita hanya boleh memakai gaun perkahwinan mereka sekali sahaja seumur hidup, jadi mereka memutuskan untuk menjemput semua wanita yang hadir ke perkahwinan mereka dengan memakai gaun pengantin lama mereka!

JesseLumen/Imgur

Bagi pengantin lelaki dan pengiringnya pula, mereka menggayakan hoodies dengan cetakan corak Tuxedo, menarik sungguh!

JesseLumen/Imgur

Bukan itu sahaja, dalam majlis perkahwinan yang ceria ini juga, ibu-ibu pasangan ini ditugaskan sebagai gadis bunga. Alahai, comel!

JesseLumen/Imgur

Menurut pasangan ini, mereka begitu menggemari filem dan televisyen, jadi mereka turut menyediakan sudut gula-gula untuk para tetamu dan memainkan lagu-lagu tema bagi filem untuk majlis perkahwinan itu.

JesseLumen/Imgur

Selain itu, pasangan ini turut menyediakan permainan arked klasik dan pelbagai permainan lain untuk menghiburkan para tetamu yang muda atau tua. Meriah sungguh!

JesseLumen/Imgur

JesseLumen/Imgur

JesseLumen/Imgur

Sebaik sahaja majlis selesai, semua tetamu memakai kostum dan berparti, termasuklah pasangan pengantin itu sendiri! Ini pula adalah gelagat pasangan pengantin ini ketika membuat ‘ketibaan’.

JesseLumen/Imgur

JesseLumen/Imgur

Sebagai mengakhiri malam yang gilang-gemilang itu, mereka membuat tarian bulatan.

Audrey Moore/Instagram

Terdapat banyak lagi sorotan menarik dari majlis ini, termasuklah upacara pemberian anugerah (untuk perkara seperti kostum terbaik, anjing terbaik yang tidak hadir, ibu terbaik pengantin lelaki dan lain-lain), dan 18 kek perkahwinan yang unik yang dihiaskan oleh tetamu.

Pasangan ini percaya bahawa mereka telah melangsungkan majlis perkahwinan yang selalu mereka impikan dan ternyata, majlis itu adalah satu kejayaan yang besar!

Sumber: Bored Panda, Imgur

Maybe you're interested :

Share

Video Popular