Lelaki yang dikenali sebagai Phuc XO ini menjadi tular setelah menghabiskan sebanyak RM262,680.60 untuk menyaluti 3 buah motosikal miliknya dengan emas tulen!

Phuc XO atau nama sebenarnya Tran Ngoc Phuc menjadi bualan hangat netizen setelah gambarnya mempamerkan dua buah motosikal bersalut emas menjadi tular di media sosial.

Menurut Phuc, dia telah menghabiskan kira-kira RM87,560.20 bagi menghiaskan setiap motosikalnya. Dua daripadanya telah dibawa pulang manakala sebuah lagi masih dalam proses akhir untuk disiapkan…

Phuc turut mendakwa nilai motosikal Harley-Davidson itu mencecah harga melebihi RM472,000 setelah ianya siap disalut emas.

Motosikal kedua jenis Honda ini pula dianggarkan bernilai lebih RM262,000.

Sebuah lagi motosikal yang bakal siap tidak lama lagi dikatakan mempunyai nilai tertinggi iaitu sekitar RM875,000!

Ketiga-tiga motosikal eksklusif ini telah disalut emas pada beberapa bahagian tertentu seperti rim, bingkai, enjin dan sebagainya.

Dalam satu klip terbaru, Phuc XO menyatakan bahawa jika anda mana-mana individu di Vietnam yang turut memiliki motosikal emas sepertinya, dia akan memberikan ketiga-tiga motosikal mewah itu kepada individu berkenaan.

Ketika ditanya tujuan dia berbuat demikian, Phuc XO menyatakan bahawa jika merujuk kepada Lima Elemen Kelahiran, namanya Kim Sinh Moc mempunyai perkaitan dengan emas dan membawa nasib baik serta tuah.

Sumber: Tin nhanh

Maybe you're interested :

Share

Video Popular