Dana Anhalt sering mengalami alahan, serta sakit yang berpanjangan sejak dia masih kecil. Ia telah berlarutan selama 35 tahun sehingga akhirnya Dana terpaksa terlantar di hospital akibat penyakit Lyme yang dihadapi. Tanpa diagnosis yang sebenar, Dana akhirnya mengetahui penyakit yang dialami sebenarnya berpunca daripada kulat beracun yang mendiami rumah ibu bapanya.

Pada tahun 2016, Dana Anhalt, 37 tahun yang merupakan seorang penulis dari New York telah didiagnos dengan penyakit Lyme tetapi penyakitnya tidak pernah sembuh walaupun telah menjalani rawatan di hospital dengan perbelanjaan yang banyak.

Caters News Agency

Tidak lama selepas Dana terlantar, keluarganya menyedari terdapat bau hapak dari ruang bawah rumah dan apabila diperiksa rupa-rupanya pangsapuri itu telah diserang dengan sejenis kulat hitam yang beracun dan membawa bakteria.

Little Knights/Gambar Hiasan

Dana berkata, “Saya menghabiskan masa selama lebih 37 tahun kehidupan dengan secara perlahan-lahan telah diracuni dari dalam. Hasil ujian kemudian telah mengesahkan semua kaitan penyakit yang saya alami. Tiba-tiba, penderitaan yang saya alami selama berdekad lamanya semuanya telah masuk akal.”

Caters News Agency

Dana mula jatuh sakit secara serius sejak usianya 16 tahun, dan selepas itu ia memberi kesan jangka masa panjang ke atas tahap kesihatannya.

Dana mangalami pelbagai alahan yang teruk sehingga berat badannya menurun kepada 32 kilogram ketika usia 20-an dan 30-an.

Menurut Dana, “Saya sering sakit semenjak kecil. Ia seperti satu wabak dengan jangkitan sinus, sakit tekak dan batuk, mendapat migrain serta mengalami masalah hormon dan sakit perut yang berpanjangan.”

Caters News Agency

Katanya lagi, “Saya mendapat alahan dan menjadi sensitif kepada pelbagai barangan yang mengandungi kandungan kimia dan makanan perlu dipilih dengan berhati-hati sehingga akhirnya langsung tidak dapat menjamah makanan dengan baik kerana tiada selera. Saya juga mengalami alahan dengan pelbagai ubatan tahan sakit yang diberi, sehingga penyakit menjadi sangat sukar untuk sembuh.”

Selepas ibunya meninggal dunia, Dana telah didiagnos dengan penyakit Fibromyalgia dan rawatan biasa yang dijalaninya tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Sehingga pada tahun 2011, Dana sudah menjadi semakin lemah dan sering menghabiskan masa terlantar di atas katil pesakit. Menjelang 2012, keadaan tubuh badannya menjadi semakin lemah dengan pergerakan otot dan sendi menjadi teramat sakit dan dia kerap muntah-muntah.

Caters News Agency

Dana berkata, “Saya mengalami simptom alahan yang teruk dengan ruam dan kulit menjadi merah, rasa gatal-gatal sehingga badan menjadi panas dan melepuh. Kadangkala ia berlarutan selama 10 hari. Saya rasa seperti hilang akal. Tidak lama kemudian saya diberitahu oleh doktor yang saya telah didiagnos dengan penyakit Mast Cell Activation, dan tiada siapa mengetahui mengapa ia berlaku dengan bertimpa-timpa kepada saya.”

Namun, selepas satu siasatan dilakukan pada tahun 2016, mereka telah menjumpai punca mengapa Dana Anhalt tidak pernah sembuh daripada penyakitnya yang bertimpa-timpa. Hasil siasatan menjumpai serangan kulat hitam bertoksik dan berbahaya yang telah lama mendiami rumah keluarga Dana sejak berlaku banjir yang memasuki rumah itu semasa Dana masih kecil.

Caters News Agency

Selepas mengetahui punca mengapa penyakit Dana menjadi semakin teruk, dia telah diarahkan oleh para doktor supaya meninggalkan rumah itu tanpa membawa apa-apa barangan di dalamnya dan keluarganya telah berusaha mengumpul dana dalam ‘GoFundMe’ untuk mendapatkan rumah baru yang lebih selamat.

Dana berkata, “Kami telah diarahkan untuk segera berpindah ke pangsapuri baru dengan meninggalkan segala barangan yang berada di dalamnya, segala yang saya usahakan selama bertahun-tahun. Ia sungguh mengecewakan apabila terpaksa meninggalkan kesemuanya pada satu masa.”

Caters News Agency

Dana menambah, dia mahu berkongsi pengalamannya dengan mereka yang sedang mengalami nasib yang sama sepertinya, menderita terlantar dengan penyakit yang rumit tetapi tidak mengetahui puncanya selama bertahun-tahun. Dana juga bersedia untuk memberi nasihat sekiranya mereka memerlukan bantuan.

Sumber : Daily Mirror

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds