Menu ayam goreng kunyit sememangnya telah menjadi kegilaan ramai. Mana tidaknya, menu ini begitu ringkas, dengan penggunaan bahan yang mudah tetapi memang cukup sedap. Tambahan pula apabila dimakan dengan nasi putih yang panas, memang sesuai sungguh rasanya.

Lobak Merah

Tetapi, kita selalu mengidamkan menu ayam goreng kunyit yang dimasak di kedai. Lazimnya, apabila di masak di rumah, rasa yang dihasilkan selalunya tidak serupa dengan rasa enak yang didapati di kedai.

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda resipi ayam goreng kunyit mirip kedai makan! Perkongsian resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Haja Saleh.

Bahan-bahan untuk ayam goreng kunyit:

Bahan A:

Haja Saleh/Facebook

 

  • 600 gram dada ayam yang dipotong dadu
  • 15 gram tepung jagung
  • 10 gram tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa

Bahan B:

Haja Saleh/Facebook

  • Lobak merah – dihiris panjang
  • Kacang panjang – dipotong panjang
  • Bawang besar – dihiris tebal

Cara-cara:

1. Perap dada ayam dengan bahan A sebentar sebelum digoreng dengan minyak secukupnya (pastikan ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya).

Haja Saleh/Facebook

2. Apabila ayam sudah siap digoreng, dengan menggunakan kuali dan minyak yang sama, masukkan bahan B dan goreng sebentar sehingga bahan B cukup masak.

Haja Saleh/Facebook

3. Angkat dan toskan.

Haja Saleh/Facebook

Bahan-bahan untuk sambal:

Haja Saleh/Facebook

  • 5 tangkai cili merah
  • 6-10 tangkai cili padi merah atau hijau
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula
  • ½ biji tomato yang dipotong dadu

Cara-cara:

Tumbuk semua bahan sambal sehingga hampir lumat dan masak sebentar (5-8 minit) dengan menggunakan sedikit minyak ayam goreng tadi.

Haja Saleh/Facebook

Haja Saleh/Facebook

Menu ayam goreng kunyit lengkap dengan sambal telahpun siap dan boleh dihidangkan.

Haja Saleh/Facebook

Selamat mencuba!

Sumber: Haja Saleh/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds