MELAKA – Penularan isu harga semangkuk cendol durian Musang King yang berharga RM38 membuatkan pemiliknya tampil untuk membuat kenyataan balas tentang perkara tersebut.

“Tidak tahu apa niat dia, tetapi ingin dimaklumkan yang harga itu memang berpatutan kerana itu cendol Musang King bukannya cendol biasa,” kata pemilik Raja Cendol Taming Sari, Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri.

AmazingNara

Ariff, 25 tahun mengakui tindakan pelanggan berkenaan yang menularkan gambar resit berharga RM114 beserta tiga mangkuk cendol durian Musang King ke media sosial membuatkan premisnya menjadi tular. Malah, dia turut menerima banyak pesanan menerusi WhatsApp yang mendakwa harga cendol itu terlalu mahal.

Namun demikian, Ariff mengambil positif akan insiden ini kerana ia membantu mempromosikan lagi premisnya. Pada masa yang sama, dia turut menegaskan bahawa harga cendol durian yang dijualnya adalah pada harga yang berpatutan.

Harian Metro

“Kepada pelanggan yang sudah biasa dengan harga durian, mereka tidak akan pertikaikan lagi harga yang sudah ditetapkan. Sejak dibuka kira-kira 19 bulan lalu, harga yang dikenakan masih sama antara RM17 hingga RM38 bagi cendol mengikut gred durian tertentu”.

Terdapat beberapa jenis durian yang diletakkan dalam hidangan cendol di premis Raja Cendol ini. Antaranya Musang King, Udang Merah, D24 atau D101. Di samping itu, sebanyak 120 gram hingga 150 gram ulas durian akan diletakkan dalam setiap mangkuk bagi menjamin kepuasan kepada semua pelanggan.

Facebook

“Malah, di dalam dan luar kedai juga sudah ditampal tanda harga untuk memudahkan pelanggan mengetahui kadar harga cendol durian. Petang tadi, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada datang membuat pemeriksaan dan mereka berpuas hati,” jelas Ariff.

Video yang menjelaskan tentang Cendol Musang King:

BeritaHarianOnline | YouTube

Sumber: BH Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds