Para saintis di Makmal Dorongan Jet NASA (JPL) telah mengumumkan mengenai asteroid pertama yang tiba di bumi dinamakan CB2. Bagaimanapun, mereka kini menyatakan bahawa akan ada asteroid kedua yang dipercayai turut sedang menuju ke bumi.

Asteroid kedua yang disebut sebagai PV25 ini dijangka sedang berada pada kelajuan tinggi iaitu 13,622 batu per jam atau 6.09 per saat. Malah, pihak NASA JPL turut mendakwa ianya ‘semakin menghampiri’.

TheGuardian

Kelajuan asteroid PV25 yang sedang menuju ke arah bumi ini adalah 17 kali ganda lebih tinggi berbanding kelajuan bunyi dan dua kali ganda daripada kelajuan jet terpantas yang wujud di dunia!

Ketika mengulas lanjut mengenai saiz asteroid berkenaan, NASA menganggarkan ianya mungkin mempunyai diameter 32 mm ke 71 mm atau 104 kaki hingga 232 kaki. Kemungkinan besar saiz asteroid ini akan menjadi sebesar 3/4 daripada saiz mercu tanda Statue of Liberty.

Menurut Express, asteroid berkenaan diklasifikasikan sebagai Near-Earth Object (NEO) yang merujuk kepada komet atau asteroid yang berada pada laluan orbit merentasi bumi.

F3nws

Apabila NEO mengorbit Matahari, kadangkala ia akan berada pada jarak yang berhampiran dengan bumi dan membuatkan saintis sering tersalah tafsir perkataan ‘dekat’. Hal ini demikian kerana ‘dekat’ itu menunjukkan berpuluh-puluh juta kilometer daripada bumi.

PV25 dijangka akan melintasi bumi pada anggaran 1.7 juta batu sekitar jam 12.42 tengahari GMT (UTC) pada 12 Februari ini. Namun, terdapat juga asteroid lain yang akan melintasi bumi pada kelajuan 38 kali ganda berbanding kelajuan bunyi iaitu CB2 yang akan melintasi sekitar 29,125 batu per jam.

f3nws

NASA turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak berasa bimbang dengan impak yang bakal terjadi daripada fenomena ini. Hal ini kerana kebanyakan komet mahupun asteroid jarang melanda bumi disebabkan oleh lapisan atmosfera bumi yang akan menghancurkannya kepada cebisan-cebisan kecil.

Sumber: Express

Maybe you're interested :

Share

Video Popular