Sekeping foto menakjubkan yang menunjukkan letusan gunung berapi Mayon di Filipina telah menarik perhatian pengguna internet di seluruh dunia kerana abu, awan dan asap gunung berapi tersebut kelihatan seperti pemandangan ikonik dari cerita rakyat negara itu.

Facebook/ Ciriaco Santiago III

Foto yang kelihatan mirip dengan imej mitos kuno mengenai pasangan kekasih tragis Panganoron dan Magayon yang menjadi tular itu telah dirakam oleh wartawan foto Ciriaco Santiago III.

Gunung Berapi Mayon adalah gunung berapi aktif di Albay, Wilayah Bicol di tenggara Luzon.

Wikimedia Commons

Menurut dongeng kuno, seorang gadis muda yang cantik bernama Magayon yang bermaksud “cantik” melarikan diri dari pendampingnya untuk menikahi kekasih pahlawannya, Panganoron.

Semasa melarikan diri, Magayon telah dipanah dengan anak panah beracun dan Panganoron pula ditikam sambil berlutut di hadapan kekasihnya yang meninggal dunia.

Ayah Magayon mengebumikan mereka berdua secara bersebelahan selepas bertahun-tahun kematian mereka dan dari masa ke masa, tanah di perkuburan mereka akhirnya membentuk gunung berapi yang berbentuk seperti kon.

Ada yang percaya bahawa Pagtuga mengganggu Magayon ketika gunung berapi tersebut hampir meletus.

Semasa gunung berapi dalam keadaan tenang, orang lain percaya bahawa pasangan kekasih tersebut saling memeluk antara satu sama lain. Sementara itu, ada juga yang mengatakan bahawa awan akan muncul dari gunung berapi Mayon semasa mereka bercumbu.

Jadi apabila artis Kerby Rosanes memuat naik sebuah ilustrasi cantik mengenai kisah romantis tersebut di sebelah gambar Ciriaco, ramai pengguna internet mendapati persamaan yang luar biasa!

Facebook/ Kerby Rosanes

Netizen menegaskan bahawa awan gunung berapi kelihatan seperti Panganoron dan Magayon yang saling memeluk.

Selepas melihat perbandingan antara ilustrusi itu dan keadaan sebenar semasa gunung berapi meletus, memang ada persamaa!

Sumber: Pinas Daily News/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds