KUALA TERENGGANU – Mayat Abdul Bari telah ditemui dalam keadaan terapung pada jam 7.23 pagi tadi di kawasan muara Sungai Terengganu. Mangsa dipercayai hilang ketika cuba menyelamatkan lima sekeluarga yang terjunam ketika menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Mangsa, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun ditemui lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta beberapa orang awam pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi asal mangsa dipercayai hilang berdekatan Pulau Warisan.

Kredit: Sinar Harian

Menurut Azlimin Mat Noor, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan terapung. Mayat kemudian dibawa naik untuk membolehkan ahli keluarga mangsa melakukan pengecaman identiti.

Dalam kejadian jam 9.40 malam pada 9 Februari lalu, lima sekeluarga yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm telah terbabas lalu menjunam ke dalam sungai.

Kejadian ini disaksikan oleh enam pemancing termasuk Abdul Bari yang segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta berkenaan. Bagaimanapun, Abdul Bari dikatakan mengalami kekejangan otot sebelum hilang dibawa arus.

“Sebelum kejadian isteri pemilik kenderaan berusia 50-an mahu mengalihkan kenderaan itu tanpa menyedari ia berada dalam posisi gear mengundur sebelum menghidupkan enjin”.

Kredit: FMT

“Ia dipercayai menyebabkan kenderaan itu yang diparkir secara mengundur meluncur ke dalam sungai. Ketika kejadian, pemilik kenderaan berusia 50-an berada di tepi kenderaan,” kata Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Bomba, Mazimi Mohamad.

Ibu mangsa, Masitah Awang, 60 tahun memaklumkan bahawa Bari keluar dari rumah selepas waktu Asar untuk pergi memancing bersama rakan-rakannya. Berita mengenai kejadian ini hanya diketahui selepas suaminya, Mohd Mustafa, 66 tahun menerima panggilan telefon daripada polis sekitar jam 10 malam bagi memaklumkan mengenai insiden itu.

Kesemua mangsa kenderaan pacuan empat roda itu berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Harian MetroBH OnlineFMT

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular