Kajian daripada para saintis mendapati bahawa medan magnetik kutub utara bumi telah menunjukkan bacaan peralihan kedudukan secara drastik.

Menurut laporan, magnetik kutub utara merupakan titik kompas utara dan sangat penting dalam semua jenis teknologi untuk menunjukkan arah atau navigasi. Perubahan bacaan kedudukan magnetik utara yang sentiasa bergerak ini secara tidak langsung menyebabkan peta Model Magnetik Dunia (WMM) harus dikemas kini setiap lima tahun.

CNN

Berdasarkan pembacaan, kedudukan medan magnetik itu telah beralih ke arah utara dengan purata jarak sekitar 30 batu setahun. Peralihan ini turut menyebabkan Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera harus sentiasa melakukan pemantauan Medan Magnet Bumi bagi tujuan mengemas kini bacaan WMM.

Memetik laporan Astro AWANI, Peta Google (Google Maps) dan juga sistem navigasi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menjadikan WMM sebagai bacaan rujukan utama.

Justeru, perubahan titik magnetik bumi yang tidak sama dengan geografi utara akan memberikan bacaan kritikal bukan sahaja kepada kompas tetapi juga kapal terbang dan juga kapal navigasi serta aplikasi GPS pintar. Hal ini memudahkan juruterbang dan juga pengguna untuk menentukan lokasi mereka.

ZDNet

“Ia bergerak kira-kira 50 kilometer setahun. Ia tidak banyak bergerak antara tahun 1900 dan 1980, tetapi pergerakannya mula dilihat pantas dalam tempoh 40 tahun yang lalu,” jelas saintis dari British Geological Survey di Edinburgh, Scotland iaitu Ciaran Beggan.

Model Magnetik Dunia dikatakan telah dikemaskini pada 4 Februari yang lalu. Proses mengemas kini yang seterusnya dirancang akan dijalankan pada tahun hadapan agar sistem GPS dan kompas dapat menggunakan rujukan yang betul dan tepat namun dilaporkan berlaku pergerakan pantas titik magnet utara yang menyeberangi International Date Line.

CARI

Para saintis bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti punca yang menyebabkan berlakunya peralihan bacaan medan magnetik itu. Pada tahun 1904, magnetik kutub utara bumi berada di arah timur laut Kanada namun mula bergerak ke Siberia beberapa tahun kemudian. Kini, medan magnetik kutub utara bumi dan titik utara paksi bumi tidak lagi berada di tempat yang sama.

Sumber: Astro AWANI

Maybe you're interested :

Share

Video Popular