Pemasangan khemah di lorong perumahan sempena kenduri kahwin, kematian dan pelbagai lagi acara keramaian lain merupakan satu perkara yang biasa berlaku di kawasan perumahan.

Gambar Sekadar Hiasan: ncandc

Namun, tahukah anda bahawa mendirikan khemah di hadapan rumah sehingga mengganggu lalu lintas orang lain merupakan satu kesalahan dan boleh menyebabkan anda dikenakan denda!

Gambar Sekadar Hiasan: GetHomeDesignIdeas

Menerusi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di bawah Seksyen 46(1)(a), mana-mana individu yang membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda, atau halangan lain, di mana-mana tempat awam boleh ditangkap tanpa waran oleh pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya pihak mahkamah menyabitkan kesalahan ke atas individu berkenaan, pesalah boleh dijatuhi hukuman denda sebanyak RM500 bagi kesalahan pertama manakala RM1,000 bagi kesalahan yang seterusnya.

Bagi mengelakkan daripada dikenakan hukuman, anda wajib meminta kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum mengambil keputusan untuk memasang khemah di kawasan orang ramai.

Gambar Sekadar Hiasan: ViralSync

Selain daripada mendirikan khemah, anda juga adalah dilarang untuk menanam pokok dalam lingkungan jarak 12 kaki daripada jalan sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan seperti yang termaktub dalam Seksyen 38 akta yang sama.

Seandainya disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda sebanyak RM500 dan pokok berkenaan akan ditebang.

Sumber: ViralSync

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular