Apabila seseorang itu berada di jalanan Hollywood, kebarangkalian untuk melihat selebriti pujaan sudah pasti akan ada. Dan antara orang awam bertuah yang dapat melihat selebriti terkenal pujaan mereka beraksi ialah para pelanggan di Randy’s Donuts di Hollywood Boulevard.

Jimmy Kimmel dari rancangan ‘Jimmy Kimmel Live’ telah menjemput Christina Aguilera untuk membantunya membuat satu kejutan ‘prank’ buat para peminat di satu kedai donat terkenal, Randy’s Donuts.

Jimmy Kimmel Live / YouTube

Christina Aguilera yang sedang mempromosikan persembahan secara langsung Christina Aguilera : The Xperience di Las Vegas telah bersetuju untuk menjadi artis jemputan pertama kejutan ‘prank’ Jimmy.

Jimmy Kimmel Live/YouTube

Jimmy Kimmel baru sahaja menukar segmen dalam rancangannya yang dipanggil “Undercover Sing” yang mana seorang penyanyi terkenal akan dijemput dan berada di dalam kedai sambil menyanyikan lagu hit mereka dalam versi parodi.

Jimmy Kimmel Live/ YouTube

Kebetulan Randy’s Donuts berada berhadapan studio rakaman rancangan Jimmy Kimmel, maka Christina Aguilera dan kru telah ke sana untuk memberi kejutan ‘prank’ buat peminat. Hasilnya amat melucukan!

Jimmy Kimmel Live/YouTube

Bermula dengan lagu hit pertama Christina Aguilera, “Genie In A Bottle”, ia telah dinyanyikan di dapur Randy’s Donuts yang kemudian berkumandang di hadapan ruang kedai. Pelanggan yang datang tidak menyedari Christina sedang memerhatikan mereka melalui kamera kandid.

Jimmy Kimmel Live/YouTube

Pada mulanya mereka menyangka lagu itu hanya satu rakaman, sebelum menyedari lirik lagu seperti gaya dan pergerakan mereka dengan suara mirip Christina Aguilera. Apabila Christina Aguilera keluar dari belakang tabir dengan donat di tangan, para pelanggan berasa bagaikan tidak percaya dan terus menjadi teruja.

Jimmy Kimmel Live/YouTube

Rupa-rupanya memang benar si empunya diri Christina Aguilera yang sedang menyanyi. Ada yang melihat dengan muka terkejut dan kemudian baru dapat menyapa serta memeluk Christina.

Jimmy Kimmel Live/YouTube

Lelaki ini pula sudah lama menjadi peminat setia Christina Aguilera. Christina memanggilnya dengan nama pemuda denim ‘Canadian Tuxedo’, dan dia tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar nyanyian parodi Christina. Ketawanya menjadi lebih besar apabila melihat Christina Aguilera muncul dari dapur Randy’s Donuts.

Jimmy Kimmel Live/YouTube

Setiap pelanggan yang masuk ke Randy’s Donuts berasa bagaikan tidak percaya apabila dapat mendengar suara diva pujaan menyanyikan lagu sendiri dengan lirik yang direka spontan di hadapan mereka. Christina Aguilera sungguh melucukan dan boleh sahaja bergaya selamba pada bila-bila masa.

Jimmy Kimmel Live/YouTube

Siapa lagi artis pop sensasi yang akan menjadi tetamu Jimmy Kimmel dalam segmen “Undercover Sing” selepas ini?

Lihat video di bawah.

Jimmy Kimmel Live/ YouTube

Sumber : Inspiremore

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds