VICTORIA – Akibat terdedah kepada cecair nikotina yang sering digunakan dalam peranti vape, seorang bayi dilaporkan meninggal dunia dalam satu kejadian di Australia pada Rabu lalu.

Gambar Hiasan: ScientificAmerican

The Herald Sun melaporkan bahawa hanya sebanyak 1 mililiter (ml) cecair nikotina diperlukan untuk membunuh bayi sekiranya cecair itu ditelan, terpercik mahupun dihidu. Meskipun cecair e-rokok atau vape ini telah diharamkan di seluruh Australia, pengguna tetap boleh mendapatkannya secara atas talian.

Berdasarkan data daripada Pusat Informasi Racun mendapati bahawa terdapat 70 kes keracunan akibat e-rokok dilaporkan berlaku pada tahun 2016. Jumlah ini juga dikatakan meningkat dua kali ganda berbanding data pada tahun sebelumnya.

Gambar hiasan: urduvos

Di samping itu, daripada kesemua 202 kes keracunan e-rokok yang dilaporkan berlaku di Australia, 76 daripada melibatkan golongan kanak-kanak termasuk 62 orang bayi.

Justeru, peningkatan kadar keracunan e-rokok terhadap bayi dan kanak-kanak membuatkan Dr Sarah White memandang serius akan permasalahan tersebut.

“Ketepikan sebarang perbincangan mengenai berhenti merokok atau pengurangan bahaya, apa yang kita perlukan adalah standard keselamatan asas apabila pelanggan berada berdekatan cecair ini”.

Gambar Hiasan: PreventionPlus

Malah, Jabatan Kesihatan Australia turut menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum mengesahkan bukti yang menyokong keselamatan penggunaan cecair nikotina ini.

“Peningkatan populariti e-rokok  yang digunakan secara antarabangsa turut menyebabkan peningkatan kes keracunan nikotina yang disebabkan oleh pendedahan atau pencernaan e-cecair. Kesan kepada pendedahan ini termasuklah radang pada mata dan kulit, loya dan muntah-muntah serta penyakit yang mengancam nyawa, dalam sebilangan kes, maut,” memetik kenyataan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Kebangsaan.

Sumber: Daily Mail, The Sun, Astro AWANI

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds