Perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan menerusi platform Grab telah lama menjadi pilihan ramai khususnya rakyat Malaysia secara amnya. Ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah. Tiada kereta? Sukar mencari tempat letak kereta? Mahu berjimat daripada membayar caj tempat letak kereta? Dengan beberapa klik, Grab dapat membantu anda.

Baru-baru ini, seorang gadis bernama Leona ada menempah perkhidmatan Grab untuk membawanya pulang ke rumah. Dia juga telah berkongsi pengalamannya di Twitter bahawa dia hampir sahaja membatalkan tempahan itu namun syukurlah kerana dia tidak jadi meneruskan niatnya.

Kredit: kasihirisleona|Twitter

Menurutnya, dia hampir membatalkannya kerana pemandunya mempunyai rekod rating yang rendah, dan ia bukanlah disebabkan oleh pemandu kelainan upaya.

Leona juga menjelaskan bahawa selepas itu, barulah dia tahu pemandu berkenaan sebenarnya merupakan seorang lelaki yang baik dan tidak layak diberi rating yang rendah.

Dia juga baru tahu bahawa pemandu terbabit sebenarnya baru sahaja memulakan kerjanya pada hari tersebut dan telah ditipu sebanyak dua kali. Hal berkenaan membuatkan Leona berasa geram kerana kebaikan lelaki itu telah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan!

Kredit: kasihirisleona|Twitter

Apa yang lebih menyedihkan ialah pemandu tersebut tidak langsung berkira dan ambil pusing akan dirinya ditipu pada hari pertamanya bekerja. Dia menganggap bahawa dirinya membuat kebajikan kepada dua individu yang mengambil kesempatan terhadapnya.

Kredit: kasihirisleona|Twitter

Perkongsian Leona dengan pantas menerima banyak perhatian pengguna Twitter yang lain. Rata-rata daripada mereka berasa kasihan akan nasib yang ditimpa oleh pemandu berkenaan.

Kredit: kasihirisleona|Twitter

Leona mengakhiri tweetnya dengan menggalakkan orang lain di luar sana agar lebih berfikiran terbuka dan cuba untuk bergaul dengan semua orang tanpa menghakimi mereka.

Juga, dia turut menzahirkan rasa syukurnya kerana dia beruntung jika mahu dibandingkan dengan mereka yang serba kekurangan. Puas hati dengan servis pemandu itu, gadis berkenaan memberi 5 bintang rating!

Kredit: kasihirisleona|Twitter

Ya, kita seharusnya memberi sokongan kepada golongan sedemikian kerana mereka berusaha untuk mencari sendiri pendapatan tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan kita juga sepatutnya perlu lebih beretika dalam menjalani kehidupan. Jangan sesekali ambil kesempatan pada orang lain!

Sumber: kasihirisleona|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds