PUTRAJAYA – Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada bulan Mei dan Ogos 2019.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata proses pendaftaran dan pengemaskinian maklumat isi rumah bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2019 dilaksanakan bagi memastikan hanya isi rumah yang layak menerima BSH.

Astro Awani

Menurut Kementerian Kewangan, ia bagi memastikan sumber negara digunakan dengan berhemah serta tepat kepada golongan B40 dan mengelakkan ketirisan bantuan kepada golongan yang berada.

Jelasnya, pemohon yang layak boleh membuat permohonan dengan cara mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN atau memuat turun borang di portal rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.myPermohonan juga boleh dibuat secara dalam talian di portal yang sama.

Kementerian Kewangan juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi mencari kaedah proaktif menyediakan kemudahan pendaftaran kepada isi rumah dari kawasan pedalaman serta golongan tertentu seperti yang sakit dan terlantar.

BSH 2019 Semakan Online

Menurut kenyataan itu, baki bayaran BSH akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, termasuk pengenalan kadar tambahan mengikut bilangan anak bawah tanggungan.

Untuk rekod, bayaran fasa pertama BSH yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion telah dilaksanakan pada 28 Januari 2019 dan memanfaatkan empat juta isi rumah.

Sumber : BERNAMA , Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds