Siapa tahu tentang baka anjing Shiba Inu? Anjing ini bukan sahaja comel dan setia tetapi juga memiliki kepintaran yang menakjubkan. Hal inilah yang membuatkan anjing Shiba Inu sentiasa mendapat tempat di hati ramai pencinta haiwan.

Di Jepun, ada seekor Shiba Inu yang comel bernama Xiaoyou. Xiaoyou merupakan seekor anjing yang berbadan besar tetapi sangat manja dan mempunyai satu perangai yang aneh.

Xiaoyou tidak suka pulang ke rumah setiap kali berada di luar. Gelagat anjing ini yang sangat menggemari aktiviti di luar rumah membuatkannya terbaring dengan serta-merta setiap kali tuannya melaung nama Xiaoyou dan mengajaknya pulang ke rumah.

Sangat mengada-ngada bukan? Tidak kiralah sama ada tuannya menggunakan pendekatan marah mahupun memujuk si comel ini dengan penuh kasih sayang, Xiaoyou akan tetap membaringkan dirinya walau di mana sahaja!

Baru-baru ini, tuan empunya Xiaoyou telah mengongsikan beberapa insiden melucukan yang berjaya menarik perhatian majoriti netizen dan membuatkan kita semua ketawa terbahak-bahak.

Tuannya telah membawa Xiaoyou bersiar-siar dan secara tiba-tiba dia menyebut perkataan ‘pulang ke rumah’ kepada anjingnya itu. Seolah-olah alah dengan perkataan berkenaan, anjing ini secara spontan terus terbaring di tengah jalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling!

Apa yang membuatkan seluruh insiden ini menjadi lebih menyeronokkan lagi adalah apabila si Xiaoyou terus bangkit apabila tuannya mengajak anjing itu untuk menyambung perjalanan.

Wah, pandainya Xiaoyou berlakon!!

Tidak kiralah sama ada di tepi sungai, di tengah jalan mahupun pada waktu malam, jika Xiaoyou mendengar perkataan ‘pulang’, anjing ini akan terus terbaring kaku sebagai tanda mogok…

Perangai buruk Xiaoyou ini membuatkan sesiapa sahaja pasti akan mentertawakannya. Memang menghiburkan! Justeru, setiap kali Xiaoyou berbaring, tuannya akan turut serta berbaring.

Tindakan mengejut ini membuatkan Xiaoyou terpana buat seketika melihat tuannya berperangai sedemikian rupa. Xiaoyou pergi melihat secara lebih dekat untuk memeriksa keadaan tuannya dan daripada ekspresi wajahnya, dapat dilihat Xiaoyou agak bingung.

Secara langsung, Xiaoyou terus bangkit dan tidak lagi terbaring di tengah jalan sesuka hatinya. Nampaknya taktik ini berjaya mengubah tingkah laku aneh Xiaoyou dan diharap dapat membuatkan anjing ini lebih mendengar kata pada masa hadapan.

Jangan sampai tuannya berbaring di tengah jalan lagi sudah lah~

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds