Kerajaan Pahang mengumumkan cuti peristiwa pada Khamis, 31 Januari sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.

Sin Chew Daily

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada Rabu setelah mendapat perkenan Sultan Abdullah.

“Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai ialah kira-kira empat dekad lalu apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.” kata Wan Rosdy dalam satu kenyataan.

Oleh yang demikian, pengumuman cuti peristiwa itu adalah difikirkan sebagai bersesuaian.

Sinar Harian

The Star melaporkan bahawa Sultan Abdullah berangkat ke Kuala Lumpur bersama isterinya Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Kedua-dua Sultan Abdullah dan Sultan Nazrin Muizuddin Shah dari Perak akan mengangkat sumpah jawatan mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

mStar

Daulat tuanku!

Sumber: SAYS , mStar , Sin Chew Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular