Sebelum anda ingin membeli barangan berjenama, pastikan dahulu barangan tersebut adalah original. Hal ini kerana, pada 29 Januari lalu, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan mendedahkan bahawa pihak mereka telah menyita lebih daripada 1,000 barangan yang terdiri daripada kasut dan baju tiruan bernilai hampir RM170,000.

Kredit: China Press

Menurut Utusan, Ketua Pegawai Penguatkuasa, Zubir Hamsa berkata bahawa serbuan berkenaan yang dijalankan pada jam 12 adalah hasil daripada aktiviti siasatan anggota selama tiga hari di sana, di samping menerima aduan daripada pemilik tanda dagangan.

“Kasut dan baju tiruan tersebut dijual di booth yang disewakan oleh pihak pusat beli belah tersebut. Ia dijual kira-kira RM50 lebih rendah berbanding harga biasa, iaitu baju bernilai RM89. Manakala sepasang kasut pula berharga antara RM199 hingga RM259,” jelasnya.

Kredit: China Press

Pelanggan pula menyangka barangan yang dijual adalah produk tulen memandangkan penjual melabelkan produk berkenaan adalah original. Kualiti barangan tiruan ini pula boleh dikatakan agak baik, selain susun aturnya agak meyakinkan menjadikan pengguna sukar untuk membezakan antara produk palsu dan tulen.

Kredit: China Press

“Pembeli berpotensi berfikir bahawa mereka membeli Adidas yang sebenar,” tambahnya lagi.

Kredit: China Press

Pasukan penguatkuasa berkenaan juga menangkap seorang lelaki dan tiga orang wanita berumur dalam lingkungan 17 hingga 22 tahun yang difahamkan bekerja sebagai pembantu jualan di booth tersebut.

Mereka kemudian dibebaskan pada hari yang sama selepas memberi keterangan pada pihak polis. Menurut Zubir, pihaknya kini sedang menyiasat dalang di sebalik barangan tiruan ini dan daripada mana ia datang.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjual barang tiruan, di booth yang disewa di pusat beli belah bagi mengelirukan pihak berkuasa. Zubir turut berkata bahawa kes ini akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hakcipta 1987.

Jika disabit kesalahan, syarikat terbabit akan dikenakan denda maksimum RM15,000 bagi setiap barang palsu dan bagi kesalahan kedua, denda maksimum bagi setiap item adalah sehingga RM30,000. Bagi individu yang didapati bersalah pula, mereka akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: China Press, Utusan Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds