Sudah menjadi identiti rakyat Malaysia, di mana rata-rata daripada kita pasti gemarkan nasi lemak. Mana tidaknya, rasanya cukup dengan rasa lemak ditambah dengan aroma daun pisang, sambal, telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan kacang tanah goreng.

Kombinasi ini sangat sempurna dan sukar untuk ditolak. Ditambah pula dengan ayam goreng, sapa yang mahu tolak, bukan?

Jika anda perasan, pagi ini di halaman utama Google, terdapat video lakaran yang menunjukkan nasi lemak sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Google

Perkara itu dengan pantas menjadi bualan dalam talian para netizen yang begitu berbangga dengan keputusan Google untuk mempamerkan video pendek berkenaan.

Google

Menurut halaman Google Doodle, ilustrasi itu turut dapat dilihat di Jepun, China, Australian, United Kingdom dan Ireland. Pengguna yang menekan klik pada video ilustrasi itu akan dapat menyaksikan proses memasak nasi lemak secara visual.

Selain itu, video berkenaan turut menunjukkan cara hidangan nasi lemak yang berbeza, termasuklah cara pembungkusannya.

Google

Sebenarnya, individu yang bertanggungjawab dalam mencipta visual menarik berkenaan adalah artis ilustrator dan permainan dari San Francisco, Alyssa Winans. Manakala muziknya pula disusun oleh Silas Hite, dan disempurnakan oleh pengurus program Google, Colin Duffy.

Google turut memberikan penerangan pendek berkaitan dengan hidangan berkenaan, termasuklah asal nasi lemak itu dihasilkan. Menurut lagenda, seorang anak perempuan kepada seorang janda bernama Mak Kuntum secara tidak sengaja telah menumpahkan santan ke dalam periuk nasi, dan dia kemudian disoal ibunya, “Apa yang kamu masak?” anaknya menjawab “Nasi le (lah), Mak!”, jelas Google.

Baiklah, berikut merupakan keindahan makanan tradisi kebangsaan kita:

googledoodles/Youtube

Sumber: googledoodles/Youtube, Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds