Dunia moden yang dilengkapi dengan teknologi canggih hari ini telah menjadikan urusan seharian kita menjadi sangat mudah. Contoh yang paling dekat ialah dengan melihat cara kita membeli-belah sekarang. Berapa ramai antara kita yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan membeli-belah atas talian? Pasti rata-rata pernah membeli barang keperluan mereka hanya menggunakan internet tanpa perlu keluar ke kedai.

Apa yang menariknya ialah pengalaman semasa membeli-belah atas talian. Semestinya ramai yang mempunyai momen yang melucukan antara mereka dengan penjual. Contohnya apa yang berlaku kepada seorang pelanggan atas talian, Andreea Patriche yang menggunakan sebuah laman web untuk mencari gaun untuk majlis promnya.

Andreea Patriche dikatakan sedang melayari AliExpress, sebuah syarikat China yang dimiliki oleh Alibaba untuk  mencari gaun. Di situlah dia telah menemui gaun chiffon begitu cantik yang didatangkan dengan beberapa pilihan warna. Gaun tersebut kelihatan sangat cantik tetapi dia masih ragu-ragu dengan rupa sebenar gaun tersebut.

Oleh itu, Patriche telah meminta gambar sebenar pakaian itu daripada penjual tersebut. Pada awalnya dia menyangka penjual itu akan mengantar gambar-gambar baju yang ditelakkan di atas meja atau mungkin gambar patung yang memakai gaun tersebut. Namun, lain pula yang berlaku apabila pejual itu sendiri yang memakai gaun tersebut di tubuhnya dan perkara menjadi lebih lucu kerana penjual tersebut adalah seorang lelaki!

Penjual dalam talian dengan nama pengguna AliExpress Shop739960 Store yang dipercayai berasal dari China, nampaknya sanggup mengenakan sendiri gaun tersebut semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan. Patriche sendiri terkejut kerana penjual lelaki itu sendiri yang menjadi model untuk koleksi gaun tersebut.

Diperbuat daripada bahan-bahan seperti poliester, spandeks dan kulit sintetik, pakaian itu boleh disesuaikan dengan beberapa warna termasuk merah jambu, oren, kuning, pic dan ungu. Selain itu, gaun ini menjadi lebih menarik dengan dilengkapi batu permata dan manik-manik indah pada fabrik tersebut.

Malangnya, item tersebut tidak lagi tersedia, tetapi penjual lelaki itu terus menjadi ‘viral’ selepas gambarnya yang menggayakan gaun-gaun tersebut baru-baru ini muncul di Reddit. Dia bahkan menerima beratus-ratus komen oleh pengguna Reddit serta pujian turut diberikan sehingga ada yang menggelarnya dengan gelaran “puteri Disney.”

Sumber: Elite Reader

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI Pesona

Video Popular