Sebagai seorang pengguna jalan raya dan pemandu di jalan raya, rasanya kita sudah biasa melihat lintasan zebra atau lintasan belang pejalan kaki. Akan tetapi, tahukah kita akan fungsi dan kegunaannya? Tahukah anda bahawa lintasan zebra itu mempunyai dua warna yang berbeza iaitu putih dan kuning, dan ia juga mempunyai fungsi yang berlainan?

Seorang netizen bernama Haeme Hashim telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila pernah melalui pengalaman dan melihat sendiri sikap segelintir pemandu kenderaan di negara ini yang rata-rata ramai yang tidak tahu untuk membezakan fungsi lintasan zebra berdasarkan warnanya.

The Star / Gambar Hiasan

Haeme Hashim kemudian memuat naik satu post di halaman Twitter dengan memberikan perkongsian dalam menjelaskan fungsi lintasan zebra tersebut menurut perbezaan warna putih dan warna kuning seperti berikut:

“Jika ternampak lintasan belang pejalan kaki berwarna PUTIH, ini bermaksud anda sebagai pemandu kenderaan, tidak kira memandu motosikal atau kereta mahupun lori atau lain-lain kenderaan, anda WAJIB untuk berhenti apabila melihat seorang pejalan kaki sedang melintas jalan.”

Kredit : Haeme Hashim / Twitter

Dan, “Sekiranya anda ternampak lintasan belang berwarna KUNING, anda kena melihat siapa yang sampai dahulu dan paling dekat dengan lintasan belang kuning itu. Jika pejalan kaki yang sampai dahulu, anda sebagai pemandu yang WAJIB berhenti. Jika anda yang sampai dahulu, pejalan kaki yang WAJIB tunggu anda melalui lintasan kuning itu terlebih dahulu.”

Kredit : Haeme Hashim / Twitter

Tambah netizen ini , “KECUALI, sekiranya lintasan belang kuning itu mempunyai kemudahan lampu isyarat, jadi anda sebagai seorang pemandu WAJIB mengikuti arahan lampu isyarat itu.”

Ekoran daripada post oleh netizen ini, rupa-rupanya ramai netizen yang tidak mengetahui perbezaan fungsi warna putih dan warna kuning pada lintasan belang pejalan kaki, dan mereka menyokong supaya lebih ramai pengguna jalan raya atau pemandu menjadi lebih peka dan perlu berhati-hati apabila melihat kehadiran pejalan kaki yang sedang melintas jalan di lintasan zebra.

Kredit : EZARUL HAZIQ / Twitter

Kejahilan pemandu yang tidak memahami fungsi lintasan pejalan kaki telah menyebabkan banyak kemalangan telah berlaku membabitkan pejalan kaki yang sedang melintas jalan di lintasan zebra.

The Star / Gambar Hiasan

Pada 24 Januari yang lalu, seorang pelancong telah dilanggar oleh seorang pemandu Myvi putih ketika dia sedang melintasi lintasan belang berwarna putih di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Walaupun ketika itu terdapat lampu isyarat yang sudah bertukar warna kepada merah, pemandu ini telah terus menekan pedal minyak yang akhirnya telah melanggar warga emas ini dan dia meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Kredit :  Twitter / World of Buzz

Sepatutnya kita yang mempunyai lesen memandu, perlu menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya. Jangan memandu mengikut hati dan perasaan, sebaliknya menggunakan akal fikiran. Sentiasa berhati-hati di jalan raya dengan mematuhi undang-undang jalan raya serta bersikap peka untuk menjadi warga Malaysia yang baik, bersopan dan berhemah.

Sumber : Haeme Hashim / Twitter , World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds