Kerajaan dilaporkan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan negara untuk mewajibkan pelajar bagi menyelesaikan sesi persekolahan dari darjah satu hingga ke tingkatan lima.

Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching dalam satu kenyataannya di Kulai berkata ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah boleh dikenakan denda hingga RM5,000 atau enam bulan penjara.

The Star

Tambahnya, Akta Pendidikan pada masa ini hanya mewajibkan pelajar untuk melengkapkan persekolahan dari darjah satu hingga darjah enam sahaja.

“Pada masa ini, lebih dari 98% kanak-kanak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kami adalah 100%,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ziarah Cakna peringkat kebangsaan di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai pada hari Ahad (27 Januari).

Teo berkata program itu adalah kesinambungan inisiatif program ‘Sifar Murid Cicir’ yang dijalankan bermula sejak Julai 2018, bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh sesuatu keluarga yang mengakibatkan anak-anak mereka tidak dapat menghadiri sekolah.

Hisan/Berita Harian Online

“Mungkin dengan cara ini (program Ziarah Cakna) kita dapat bertemu ibu bapa dan memahami masalah mereka.

“Ibu-bapa yang tidak mendaftarkan anak untuk bersekolah pada umur tujuh tahun, kita boleh ambil tindakan undang-undang tetapi saya rasa dengan cara ini, guru-guru dan pemimpin tempatan dapat turun melawat ibu-bapa di rumah dan memahami masalah dihadapi mereka dan merangka tindakan yang boleh diambil,” katanya.

Selian itu, Teo juga mengesahkan bahawa kementeriannya juga boleh membantu ibu bapa bagi mendapatkan bantuan dari saluran yang betul jika mereka mempunyai masalah kewangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Sumber: The Sun, Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds