KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching membuat kenyataan bahawa setiap sekolah sebenarnya mempunyai hak autonomi untuk memanjangkan waktu rehat dari 20 minit sehingga 30 minit. Pihak sekolah boleh meningkatkan masa rehat menurut kesesuaian di sekolah masing-masing.

Kredit : The Star

Menurut The Star, Teo Nie Ching mendedahkan semasa beliau melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Subang di Selangor, terdapat laporan dan komen daripada ibu bapa yang mengadu bahawa masa rehat selama 20 minit terlalu singkat dan tidak mencukupi untuk murid-murid.

Dalam masa itu, terdapat murid-murid yang makan sambil berdiri dan menelan makanan dengan gelojoh kerana masa rehat yang tidak mencukupi.

Kredit : Remaja.my / Gambar Hiasan

Teo Nie Ching menambah, polisi Kementerian Pendidikan membenarkan waktu rehat diperuntukkan di antara 20 minit dan 30 minit.

Dalam kenyataan itu, Teo Nie Ching berkata, “Sekolah sebenarnya tidak perlu membuat permohonan atau meminta kebenaran mana-mana agensi. Pihak kementerian membenarkan sekolah-sekolah menentukan masa rehat itu kerana keadaannya adalah berbeza bagi setiap sekolah.”

Kredit : Bernama/mStar / Gambar Hiasan

Berita ini mendapat sambutan baik daripada orang ramai khususnya para ibu bapa. Ada yang berpendapat waktu rehat selama 30 minit sepatutnya menjadi waktu rehat secara rasmi di setiap sekolah di seluruh Malaysia, dan ia perlu dikuatkuasakan dengan segera.

Sumber : The Star , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds