KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.

Pemilihan akan dibuat melalui pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada jam 10.30 pagi, hari Khamis , 24 Januari 2019.

Kredit : Utusan Online / Gambar Hiasan

Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari yang lalu, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara ini.

Kredit : mStar / Gambar Hiasan

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Kredit : Bernama/ Gambar Hiasan

Sistem penggiliran dalam kala­ngan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tinggal tiga lagi Raja-raja Melayu dari Pahang, Johor dan Perak untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Bernama , Siakap Keli

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds