Menjadi tuan tanah atau pemilik rumah kepada penyewa sebenarnya bukan semudah yang disangka, dengan sekadar mengutip duit sewa setiap bulan, tetapi turut menanggung beban sekiranya penyewa itu memiliki sifat kurang bertanggungjawab.

Seorang pemilik rumah di Shah Alam, baru-baru ini menghantar satu post di Facebook berikutan satu insiden mengundang kemarahan telah berlaku ke atas dirinya apabila seorang penyewa telah bertindak melarikan diri dan meninggalkan bil elektrik tertunggak berjumlah RM9,351.39 atas namanya.

Shanshinki / Gambar Hiasan

Hajiem Ahmad yang merupakan pemilik rumah berkenaan telah berkongsi rasa kecewanya pada 18 Januari apabila penyewa tidak bertanggungjawab itu telah cabut lari dan meninggalkan bil elektrik tertunggak dengan jumlah tidak masuk akal, sementara bekalan air rumah itu pula telah dipotong oleh pihak SYABAS kerana bilnya juga telah tertunggak.

Hajiem menambah dengan menulis di Facebook, pada mulanya penyewa ini yang merupakan seorang wanita masih dapat dihubungi menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp, tetapi kemudian apabila dia menanyakan bil elektrik tertunggak bernilai lebih RM9,000 itu, wanita ini terus tidak dapat dihubungi dan lokasi terkininya juga tidak dapat dikesan.

Hajiem Ahmad / Facebook

Selepas post itu menjadi tular, beberapa netizen telah mempersoalkan kesahihan dakwaan pemilik rumah ini dengan berkata selalunya pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memotong bekalan elektrik apabila jumlah tunggakan di bil mencapai had tertentu. Sehingga terdapat netizen yang berkata pemilik ini cuba menipu untuk mendapat publisiti murahan.

Hajiem Ahmad / Facebook

Menjawab persoalan para netizen, Hajiem kemudian telah memuat naik salinan bil TNB dengan jumlah tunggakan yang tertera sambil mengesahkan yang dia telah membuat laporan dan aduan kepada pihak TNB berkenaan hal itu.

Hajiem juga telah menjelaskan bagaimana bil elektrik itu boleh melonjak dengan jumlah yang tinggi sedangkan ia sudah lama telah dipotong oleh TNB. Katanya, “Menurut TNB, bekalan elektrik rumah ini sudah lama dipotong. Akan tetapi, meternya masih berjalan. Saya tidak tahu bagaimana penyewa ini boleh menyambung bekalan elektrik itu.”

Hajiem Ahmad / Facebook

Katanya lagi, “Pihak TNB telah memotong bekalan elektrik sejak dua tahun yang lalu. Ini bermakna wanita ini telah mencuri elektrik selama dua tahun dan dia tidak membayar langsung.”

Bagaimana dia boleh melakukannya? Barangkali dia mempuyai kenalan kontraktor elektrik yang pandai memasang dan mengalihkan laluan kabel elektrik dari tiang utama dan membuat pintasan elektrik yang telah dipotong oleh TNB.

Kata pemilik rumah ini lagi, “TNB telah memberitahu saya yang bekalan elektrik telah dipotong selepas bil tertunggak itu melebihi had RM1,500 kerana deposit yang dibayar hanya RM700. Mereka mengesyaki penyewa ini telah mengunakan teknik pintasan laluan elektrik yang telah dipotong dengan cara merasuah kontraktor.”

Blogspot / Gambar Hiasan

Oleh kerana meter elektrik di rumah itu masih berjalan walaupun bekalannya telah dipotong, maka TNB menyesyaki wanita ini telah mencuri elektrik, sehingga bilnya juga terus melonjak kepada jumlah yang tidak masuk akal itu.

Sememangnya penyewa ini merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana membebankan pemilik rumah dengan masalahnya. Sebagai pengajaran pemilik rumah dinasihatkan supaya memeriksa latar belakang penyewa sebelum membenarkan mereka menduduki rumah.

Pastikan segala bil dibuat atas nama penyewa dan bukan nama pemilik rumah supaya sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti ini, mereka yang akan dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang dan bukannya pemilik rumah.

Sumber : Hajiem Ahmad/Facebook , World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular