Baru-baru ini, tular beberapa panggilan telefon yang mendedahkan rahsia gelap lagi menyeramkan di mana aktiviti pengambilan organ pengamal Falun Gong masih lagi berterusan di pusat-pusat pemindahan organ terkemuka di China.

Berdasarkan perbualan bersama doktor-doktor dari 12 hospital di China, ‘perniagaan’ organ ini menjadi satu perkara ‘biasa’ di pusat perubatan. Malah, tiada seorang pun doktor yang terlibat dalam pemindahan organ di China menunjukkan reaksi terkejut, marah mahupun kesal ketika ditanya sama ada organ-organ tersebut diambil daripada pengamal Falun Gong.

Panggilan telefon tersebut merupakan kajian terbaru yang mendokumentasikan isu pemindahan organ secara paksa di China, aktiviti keji itu merupakan sebahagian daripada rancangan untuk menganiaya para pengikut amalan kerohanian Falun Gong yang turut dikenali sebagai Falun Dafa.

Kredit: SikhNet

Berdasarkan laporan oleh WOIPFG, 11 doktor daripada sembilan buah hospital yang berbual dengan Wang Zhiyuan segera mengakui bahawa organ-organ berkenaan diambil daripada pengamal Falun Gong. Sementara itu, lima lagi doktor langsung tidak menafikan mahupun mengelakkan diri daripada menjawab soalan tersebut.

Dr Wang Zhiyuan merupakan presiden bagi Persatuan Dunia Penyiasat Penganiayaan Falun Gong (WOIPFG), beliau menyamar sebagai saudara kepada seorang pesakit yang memerlukan pemindahan hati.  Berikut merupakan salah satu perbualan telefon di antara Dr Wang Zhiyuan bersama pengarah Pusat Pemindahan Organ merangkap timbalan presiden di Hospital Umum Shanghai, Peng Zhihai yang telah diterjemahkan:

“Saya ada satu lagi soalan. Anda menjadikan pengamal Falun Gong sebagai penderma dan mereka adalah penderma yang sihat bukan?”

“Semestinya yang sihat. Jika tidak sihat, bagaimana ia boleh diterima?”

Semasa perbualan pada 11 November itu, sebagai tambahan, Wang turut memperkenalkan dirinya sebagai timbalan pengarah Pejabat Penyelenggaraan Kestabilan Wilayah Sichuan Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan di mana badan ini terlibat sama dalam penganiayaan terhadap Falun Gong. Sebagai seseorang yang mempunyai pangkat dalam badan berkenaan, Wang dianggap berpengetahuan tinggi tentang pengambilan organ secara paksa dan membuatkan doktor-doktor ini menyangka mereka sedang berbual dengan individu yang bersekongkol bersama.

Sudah tentu, doktor dan pihak hospital mahu mengekalkan hubungan yang baik dengan suruhanjaya tersebut agar mereka boleh terus mendapatkan bekalan organ daripada pengamal Falun Gong. Namun, tiada seorang doktor pun menunjukkan perasaan marah apabila ditanya sama ada organ yang dibekalkan diambil daripada pengamal Falun Gong, seolah-olah hal ini merupakan perkara biasa bagi mereka.

Kredit: The Epoch Times

“Siasatan kali ini dijalankan daripada 19 Oktober sehingga 2 Disember 2018 dan melibatkan 16 doktor dari 12 buah hospital di China. 12 hospital tersebut adalah di sekitar Beijing dan Tianjin yang terletak di utara sehinggalah Shanghai, Nanjing dan Guangzhou yang terletak di selatan,” kata Wang.

“Kesemua doktor adalah presiden mahupun pengarah di hospital pemindahan organ terkemuka di China. Rata-ratanya bertanggungjawab dalam projek pemindahan organ ini.”

Pemindahan Hati Tanpa Iskemia

Tujuh orang doktor yang dihubungi mengakui pengambilan dan pemindahan organ sama-sama dilakukan di hospital mereka. Hal ini menjadi jelas apabila salah seorang doktor bangganya menyebut tentang “pemindahan hati tanpa Iskemia”.

Iskemia adalah satu keadaan apabila pembekalan darah beroksigen tidak mencukupi kepada organ. Pemindahan organ yang normal sering menghadapi isu tempoh iskemia, iaitu suatu tempoh di mana organ tidak ada bekalan darah berikut, langsung memberi kesan kepada penolakkan, kadar survival bagi penerima.

Dalam kebanyakan pemindahan organ yang dijalankan di seluruh dunia, organ yang telah diambil akan disimpan di dalam cecair pengawet sejuk bersama ais. Pada ketika ini, tiada darah mengandungi oksigen akan mengalir ke organ dan ini disebut sebagai ‘tempoh iskemia sejuk’.

Kredit: The Coffs Coast Advocate

Terdapat satu lagi kaedah lain untuk mengukur tempoh iskemia yang dipanggil ‘tempoh iskemia panas’. Tempoh ini menunjukkan organ masih berada di dalam badan tetapi tidak menerima bekalan darah segar yang disebabkan jantung telah berhenti berdegup. Tempoh iskemia panas berakhir apabila organ dibekal dengan cecair sejuk, diambil dan disimpan di dalam ais sementara menunggu organ itu dipindah masuk ke tubuh penerima yang baharu.

Hati, jantung dan paru-paru sangat sensitif dengan kecederaan yang disebabkan oleh iskemia dan memerlukan tempoh iskemia panas yang minimum untuk memastikan cantuman berjaya dilakukan.

Perbualan seterusnya melibatkan Dr Wang bersama He Xiaoshun, timbalan presiden Hospital Gabungan Pertama, Universiti Sun Yat-sen pada 16 November lalu:

Wang : “Anda ada menyebut tentang teknologi baru yang boleh memendekkan tempoh iskemia panas, betul?”

He : “Betul, kami ada… Sebenarnya, ia bukan untuk memendekkan tempoh, ianya adalah untuk (tidak dapat didengari)

Wang : “Oh, begitu. Ini bermakna tiada lagi tempoh iskemia panas?”

He : “Betul, betul. Kami sentiasa menjalankan pemindahan (organ) apabila hati mempunyai pengaliran darah berterusan sewaktu proses ini”.

Wang : “Oh, hanya akan dijalan jika ada pengaliran darah. Apa nama teknologi ini?”

He : “Kami gelar ia ‘tiada iskemia’. Ia tidak melibatkan kehilangan darah, jadi ia disebut sebagai pemindahan hati tanpa iskemia.”

Wang : “Oh, saya mahu dapatkan kepastian awak sekali lagi. Organ-organ yang awak gunakan semuanya daripada pengamal Falun Gong yang sihat. Jadi, mereka mempunyai organ yang sihat, bukan?”

He : “Ya. Tidak perlu mencuci (organ) dengan air sejuk atau mengawetnya di dalam ais. Semua prosedur itu tidak diperlukan!”

Wang : “Oh patutlah. Jadi, organ dari pengamal Falun Gong adalah sangat bagus ditambah pula dengan tiada isu iskemia panas, ini akan menjadi lebih baik”.

He : “Betul, betul.”

Demonstrasi bagaimana pengikut Falun Gong dibunuh untuk mendapatkan organ mereka

Kredit: PRI

Wang mendakwa ‘pemindahan hati tanpa iskemia’ hampir pasti bermakna organ diambil daripada manusia yang masih hidup, hal ini kerana kejadian kes kematian otak yang menjadi penderma di China adalah sangat jarang berlaku.

Lagi pun, janji yang diberi Xiaoshun bahawa pembedahan boleh dilakukan untuk memperoleh organ jika diperlukan, menunjukkan bahawa organ-organ tidak berasal dari penderma sukarela yang mengalami kematian otak yang biasanya melalui trauma kepala yang tidak disengaja, tetapi berasal dari orang yang ditawan.

Doktor juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengesahkan mengenai aktiviti pengambilan organ yang dijalankan di hospital bagi memastikan ‘kualiti organ’ terjamin. Hal ini bermakna pengambilan organ secara hidup, ataupun membunuh orang untuk mengambil organ masih berlaku di hospital, menurut Wang.

“Kami mungkin ada, paling cepat esok”

Ketika ditanya mengenai tempoh paling singkat untuk mendapatkan bekalan organ baru, majoriti doktor menjanjikan tempoh di antara seminggu atau dua minggu atau paling lama, dua bulan. Tempoh yang paling singkat pula adalah keesokan harinya.

Wang turut mengadakan perbualan bersama Liu Dongfu, pengarah pemindahan buah pinggan di Hospital Yantai Yuhuangding, Shangdong pada 18 November:

Wang : “Jadi berapa lama dia perlu menunggu untuk menjalankan pembedahan?”

Liu : “Biar saya beritahu. Ia boleh menjadi secepat seminggu. Jika tidak, anda boleh mendapatkannya selepas menunggu selama dua bulan, dua bulan”.

Wang : “Oh, baik. Jika cepat, satu minggu. Jika lambat, satu ke dua bulan. Betul?”

Liu : “Kami mungkin ada (sumber buah pinggang) paling cepat, esok”

Di Amerika Syarikat, purata tempoh menunggu untuk mendapatkan buah pinggang adalah di antara tiga hingga lima tahun. Tempoh singkat yang dijanjikan hospital China ini sekali gus membuktikan bahawa terdapat sekumpulan manusia yang dibunuh pada bila-bila masa sebaik sahaja menemui pemadanan organ yang sesuai.

Organ yang sama dengan sumber organ daripada “orang tengah organ”

Seorang doktor yang bertugas di Jabatan Pembedahan Urologi di Hospital Beijing Chaoyang turut menyatakan sumber organ yang diambil adalah dari pengamal Falun Gong juga menyatakan sumbernya sama dengan sumber daripada ‘orang tengah organ’.

Kredit: PRI

Ini adalah perbualan di antara Wang dengan Dr Li pada 2 Disember:

Wang : “Saya mendengar dari seorang rakan bahawa kadangkala anda pergi terus kepada sumber buah pinggang untuk mendapatkan organ. Kadangkala, organ dipindahkan melalui orang tengah dari luar hospital. Sekarang, sudah tiada orang tengah lagi?”

Li : “Masih terdapat orang tengah tetapi kebiasaannya sumbernya adalah…”

Wang : “Organ yang diambil oleh orang tengah adalah organ daripada pengamal Falun Gong dan sumbernya adalah sama, bukan?”

Li : “Ya, semua diambil oleh mereka.”

Wang : “Soalan saya adalah apa yang orang tengah ambil dan apa yang anda ambil adalah benda yang sama bukan?”

Li : “Betul, betul, betul.”

Menurut Wang, “Ketika The Epoch Times menyiarkan berita mengenai pengambil organ pengamal Falun Gong secara hidup-hidup pada tahun 2006, Parti Komunis China menafikan kenyataan itu dan mendakwa organ-organ tersebut diambil daripada banduan yang berdepan dengan hukuman mati.”

“Apabila mereka mendapati jumlah banduan berkenaan terlalu sedikit bagi jumlah pemindahan organ yang dijalankan setiap tahun dan pengambilan organ dari banduanturut tidak diterima oleh komuniti perubatan antarabangsa, mereka memberitahu bahawa mereka akan menubuhkan sistem pendermaan organ dan hanya menggunakan organ yang didermakan pada masa hadapan.”

Bagaimanapun, masyarakat mula mengetahui bahawa sistem pendermaan organ ini hanyalah satu penipuan semata-mata disebabkan oleh dua perkara. Pertama, bilangan penderma secara sukarela ini tidak akan dapat menampung jumlah pemindahan organ yang sangat tinggi di China. Kedua, tiada siapa boleh mengetahui maklumat mengenai penderma.

“Jika organ tersebut benar daripada penderma yang sah, segala maklumat haruslah telus,” namun di China ketelusan itu tidak wujud.

Wang berkata bahawa apabila sistem derma organ tidak cukup baik untuk meyakinkan dunia luar, PKC  mengaitkan sumber itu kepada pemasar hitam.

“Sekarang, jika seorang doktor mengakui bahawa sumber organ orang tengah dan hospital adalah sama, apakah maksudnya? Ini bermakna bahawa ‘orang tengah’ hanya penyamar bagi perniagaan yang disekat,” kata Wang.
“Harganya berapa?”

Ketika ditanya mengenai harga bagi pemindahan organ, Wang Jianli dari Institut Pemindahan Organ di Hospital Umum Polis Bersenjata Beijing mendakwa harganya tidak terlalu tinggi. Bagi pemindahan hati, ianya hanyalah pada kadar RM120,000 hingga RM180,000.

Memetik kenyataan Dr Li yang menyatakan sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan sebagai bayaran pendahuluan untuk menjalani pemindahan buah pinggang. Daripada jumlah yang dinyatakan ini, Wang percaya pihak hospital dan juga doktor yang dihubunginya telah menawarkan diskaun kepada beliau kerana memandang dia sebagai pegawai tinggi di Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan. Wang berkata, pemindahan hati biasa memerlukan Rm410,000 hingga Rm590,000 di China.

Wang Zhiyuan berkata keuntungan daripada pengambilan organ adalah salah satu sebab mengapa jenayah ini masih berlaku secara besar-besaran di China.

Pembunuhan beramai-ramai

Setelah diktator Jiang Zemin mengadakan kempen pada tahun 1999 untuk menghapuskan amalan rohani Falun Gong, pengambilan organ secara paksa bermula sebagai salah satu cara penganiayaan pengamal Falun Gong.

Jiang takut kepada Falun Gong kerana jumlah pelatih yang ramai (dianggarkan 100 juta orang pada tahun 1999 dalam laporan media Barat) dan daya tarikan ajaran moral tradisional kepada rakyat China.

Semenjak tahun 1999, telah berlaku peningkatan secara drastik dari segi jumlah pemindahan organ yang dijalankan di China. Misalnya di Hospital Tianjin First Central sahaja, terdapat sembilan pemindahan hati dilaksanakan pada 1998, 33 pada tahun 1999 dan 111 pada tahun 2000. Menjelang tahun 2004, jumlah tersebut telah meningkat kepada 1,601.

Kredit: The Epoch Times

“Annie” adalah isteri kepada pakar bedah mata di Hospital Sujiatun Thrombosis. Dia melaporkan bahawa suaminya mula menjadi tertekan dan murung serta sering mimpi ngeri. Akhirnya setelah ditanya berkali-kali, suaminya mengakui bahawa dia telah melakukan pengambilan kornea mata pengamal Falun Gong yang masih hidup.

David Kilgour, seorang bekas peguam pendakwa bersama-sama David Matas dan Ethan Gutmann telah menerbitkan satu penulisan yang merungkaikan laporan terkini mengenai aktiviti pengambilan organ secara paksa itu.

Laporan yang dikeluarkan pada Jun 2016 itu menunjukkan program pemindahan organ di ratusan hospital seluruh China berdasarkan laporan media, propaganda rasmi, jurnal perubatan, laman sesawang hospital serta lambakan laman sesawang yang telah dipadamkan.

Laporan itu turut merangkumi jumlah pemindahan organ yang dilakukan di China adalah mengatasi jumlah rasmi dan sumber utama untuk memperoleh organ ini adalah melibatkan pembunuhan orang yang tidak bersalah terutamanya pengamal Falun Gong.

Terdapat juga beberapa pengkaji yang menggambarkan pembunuhan besar-besaran selama 19 tahun ini sebagai ‘penghapusan bangsa yang kejam’.

Sumber: The Epoch Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran

Video Popular

Ad will display in 09 seconds