Wanita berumur 60 tahun ini adalah antara wira-wira yang tidak didendang yang telah mengerah tenaganya untuk mencurah bakti kepada negara secara tidak langsung.

Bekerja di bawah matahari terik untuk memastikan kebersihan jalan sentiasa terjaga bukanlah satu tugas yang mudah. Oleh sebab itu, orang ramai berasa terharu apabila wanita ini diberi penghormatan dengan penganugerahan pingat.

Kredit: Sinchew

Pada 14 Januari 2019, Chan Mun Thye telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) untuk perkhidmatan luar biasanya di Istana Besar Seri Menanti di Negeri Sembilan. Istiadat tersebut diadakan sempena sambutan Keputeraan ke-71 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Menurut NST, Chan telah berkhidmat dalam Unit Sapu Jalan Pusat Bandar bagi SWM Environment Sdn Bhd selama 16 tahun dan dia benar-benar gemar dengan tugasnya. “Saya suka kerja saya kerana tidak sukar untuk memastikan kebersihan,” katanya.

Ketika ditemu bual, Chan berkata penyelianya sebelum ini ada meminta gambarnya tetapi tidak memberitahu sebab tindakannya itu. Oleh itu, dia menganggap gambar itu diminta untuk kegunaan syarikat apabila dia bersara kelak, namun sebenarnya, penyelianya telah mencalonkannya untuk menerima anugerah dari negeri tersebut.

“Tidak lama selepas itu, saya menerima surat yang mengatakan saya akan menerima Pingat Jasa Kebaktian. Saya sangat terharu, dan pada masa yang sama, sangat gembira,” kata ibu kepada empat orang anak ini.

Kredit: NST

Chan juga mengatakan bahawa dia berasa sungguh terkejut ketika mengetahui perkara ini dan segera bertanya kepada penyelianya, “Apa yang patut saya lakukan dengan (anugerah) ini?”

Difahamkan bahawa Chan sepatutnya bersara pada 4 Januari yang lalu tetapi dia telah memutuskan untuk terus bekerja berdasarkan kontrak. “Saya akan mula bekerja semula selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Selain itu, dilaporkan juga bahawa dua orang lagi pekerja di syarikat yang sama akan menerima anugerah yang sama pada sesi yang berikutnya. Mereka ialah Abd Kadir Abd Ghani dan Shaik Dawood AASM Shaik Mohamed.

Kredit: Sin ChewWorld Of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular