Alya Chaglar dari Turki merupakan seorang artis berbakat dan ibu yang terkenal di Instagram bersama-sama foto kreatif anak perempuan comelnya, Stefani.

Alya yang dikenali sebagai seasunstefunny di Instagram lebih gemar menghabiskan masa dengan anak perempuannya daripada perkara-perkara lain. Malah dia bekerja keras untuk menghasilkan pakaian yang kreatif buat anaknya itu.

Setahun yang lalu, Alya menghasilkan potrait yang menarik dan artistik di mana Stefani mengenakan ‘pakaian’ yang diperbuat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. Kini ibu dan anak ini bekerjasama mereka bentuk dan menggayakan fesyen karpet merah dengan hanya menggunakan bahan-bahan di sekeliling rumah sahaja.

“Ia mengambil masa selama 10-30 minit untuk meniru semula gaya selebriti, kami gunakan bahan-bahan daripada plastik, kertas, kertas aluminium dan bahan-bahan lain yang boleh anda jumpa di sekeliling rumah dan satu stapler untuk mencantumkan cebisan-cebisan itu bersama,” kata Alya.

Stefani yang kini berusia 5 tahun mengatakan bahawa dia sangat menyukai semua gaya selebriti tersebut dan tidak sabar untuk memilih mana satu yang paling digemarinya.

Stefani yang sudah mahir berbahasa Rusia, English dan Turki mahu menjadi pereka fesyen apabila dewasa kelak. Nampaknya Stefani telah memulakan langkah untuk mencapai cita-citanya sejak kecil lagi.

Mari lihat foto-foto menarik Stefani hasil sentuhan kreatif ibunya, Alya.

#1 Nicki Minaj

#2 Millie Bobby Brown

#3 Katy Perry

#4 Vanessa Hudgens

#5 Meghan Markle

#6 Rihanna

#7 Naomi Watts

#8 Sabrina Sato

#9 Lady Gaga 

#10 Rita Ora

#11 Princess Eugenie

#12 Katy Perry

#13 Cardi B

#14 Nicole Kidman

#15 Janelle Monáe

Sumber: BORED PANDA , INSTAGRAM | SEASUNSTEFUNNY

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds