Blanket, 16 tahun merupakan anak bongsu mendiang Michael Jackson dan baru-baru ini, pihak media telah melihat penampilan terkini remaja itu di Los Angeles selepas kematian mengejut bapanya pada tahun 2009.

Kredit: Happy Share

Remaja kepada bintang pop dunia itu dilihat membuat penampilan di kawasan umum sambil memegang beberapa buah buku dari Barnes & Nobles. Blanket juga dilaporkan baru selesai membeli-belah sempena Hari Natal di Calabasas.

Blanket atau nama sebenarnya, Prince Michael Jackson II merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Dia kini dikhabarkan tinggal bersama dua lagi adik-beradiknya dan nenek mereka, Katherine Jackson.

Kredit: Happy Share

Lebih mengharukan lagi, penampilan Blanket ketika kecil yang gemar berambut panjang masih lagi dikekalkan meskipun telah meningkat usia remaja.

Tambahan pula, penampilan Blanket yang ringkas dan bersahaja walaupun mewarisi harta kekayaan mendiang bapanya membuatkan remaja ini hampir sahaja tidak dikenali dan kelihatan sama seperti masyarakat biasa.

Kredit: Instagram/ @Bigijacksondaily

Blanket hanya berusia enam tahun ketika bapanya meninggal dunia akibat masalah hentian degupan jantung sekitar Jun 2009.

Sepanjang Blanket membesar, dia seringkali dianggap mewarisi rupa bapanya dari pelbagai sudut.

Kredit: Instagram/ @Bigijacksondaily

“Awak banyak mengingatkan saya kepada dia (Michael),” kata Joe iaitu datuk Blanket.

Terdahulu sewaktu Blanket dan adik-beradiknya yang lain masih kecil, mereka tidak sesekali dibenarkan untuk berada di khalayak ramai terutamanya dengan populariti bapa mereka yang dikenali seluruh dunia. Michael sering dilihat memakaikan topeng pada wajah anak-anaknya ketika mereka sekeluarga keluar ke kawasan awam.

Kredit: Wikimedia Commons

Disebabkan itu jugalah, Blanket mengekalkan pendirian untuk tidak meraih populariti sehingga kini dan dia lebih cenderung memilih menjalani kehidupan peribadi tanpa mendapat perhatian dunia.

Raja Pop dunia ini turut pernah mengejutkan peminatnya dalam satu insiden pada November 2002 apabila dia dilihat memegang Blanket yang pada ketika itu baru berusia 9 bulan di luar balkoni di sebuah hotel yang terletak di Berlin.

Kredit: YouTube

Bagaimanapun, Michael membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyifatkan insiden mengejutkan itu sebagai satu ‘kesilapan terburuk’.

“Saya terperangkap di dalam keterujaan pada waktu itu. Saya tidak pernah terniat untuk membahayakan nyawa anak-anak saya.”

Sumber: The Mirror

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds