Gambar pra-perkahwinan telah menjadi satu trend terkini di mana rata-rata pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga akan mengadakan satu sesi penggambaran bagi merakamkan detik indah ini.

Baru-baru ini di Phuket, sekumpulan tujuh pelancong asing yang berasal dari negara China telah ditahan oleh pegawai imigresen atas kesalahan bekerja secara tidak sah.

Kredit: Thaiger

Menurut Thaiger, insiden yang berlaku pada 9 Januari lalu itu telah diarahkan oleh ketua Pejabat Imigresen Phuket iaitu Kolonel Kathatorn Kumthieg yang mengerahkan beberapa pegawainya untuk melakukan serbuan mengejut di lokasi tumpuan pelancong seperti Tokong Kathu dan juga pantai Kata Noi.

Kredit: Thaiger

Lokasi-lokasi seperti ini dikatakan sebagai destinasi pilihan ramai pelancong untuk mengadakan penggambaran pra-perkahwinan. Ketujuh-tujuh warganegara China yang memiliki visa pelancong itu telah ditahan atas tuduhan melakukan pekerjaan penggambaran yang dikontrakkan di China.

Kredit: Thaiger

Menerusi kontrak yang ditemui, Pejabat Imigresen Phuket memaklumkan bahawa ‘pelancong’ ini dengan jelasnya telah ditugaskan sebagai jurugambar, jurusolek dan juga penyelaras. Di samping itu, terdapat juga jadual perjalanan termaktub di dalam kontrak berkenaan yang menyatakan aktiviti seperti rakaman video serta gambar di beberapa kawasan terkenal.

Antaranya ialah Soi Rommanee dan Jalan Thalang di Pekan Lama Phuket, Pantai Kamala, Tokong Kathu, Tokong Chalong, Tokong Lattiwanaram (Wat Tai), Phromthep Cape, Pantai Surin dan juga Pantai Naiyang.

Kredit: Thaiger

Ketujuh-tujuh individu telah dibawa ke balai polis Karon dan Kathu. Mereka turut dihadapkan dengan pertuduhan bekerja secara haram di Thailand tanpa memiliki permit bekerja yang sah.

Kredit: Thaiger

Kesimpulannya, mengadakan sesi penggambaran di luar negara sememangnya menyeronokkan tetapi pastikan anda menyelidik terlebih dahulu peraturan yang telah ditetapkan oleh negara berkenaan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang dan berlaku kepada diri anda pula.

Sumber: World Of BuzzThaiger

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds