Menjadi kelaziman bagi kita semua apabila menyimpan stok ubat-ubatan di rumah sebagai persediaan pada waktu kecemasan apabila kita atau ahli keluarga tiba-tiba jatuh sakit.

Tetapi kita perlu peka dengan selalu memeriksa butiran penting mengenai ubat-ubatan tersebut seperti tarikh luput dan kandungannya sama ada ianya hanya sesuai untuk diri kita dan akan membahayakan apabila diberi kepada kanak-kanak, terutama anak kecil.

Seorang ibu di Taiwan baru-baru ini berkongsi pengalaman mendebarkan apabila anak lelakinya telah dikejarkan ke hospital dan hampir maut gara-gara anak kecil ini telah diberi preskripsi ubat yang salah.

Kredit : EBC

Menurut EBC, seorang ibu telah menghantar satu posting mengenai pengalaman pahit yang dialaminya menerusi halaman Facebook dengan berkata insiden tersebut telah berlaku pada 3 Januari, kira-kira jam 3.30 petang.

Ibu ini menerima panggilan kecemasan dari sekolah tadika anak lelakinya yang memintanya bergegas ke sana apabila si kecil mengalami kekejangan seperti sawan, berpeluh dengan banyak dan muntah-muntah sebelum dia tidak sedarkan diri.

Sebuah ambulan telah dikejarkan ke tempat kejadian dan segera membawanya ke hospital berdekatan. Para doktor telah menjalankan beberapa ujian dan mereka tidak dapat mencari punca penyakit kanak-kanak ini. Berdasarkan ujian darah yang dilakukan, didapati jumlah sel darah putihnya lebih tinggi dari sel darah merah, dan mereka tidak dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi kanak-kanak ini.

Kredit : Scientific American

Doktor yang bertugas membuat keputusan meletakannya di unit rawatan rapi (ICU) dan mereka memerhatikan perkembangan kesihatannya selama 24 jam sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya keadaannya akan menjadi bertambah buruk. Pada keesokan hari, ibu yang gusar ini mendapati anaknya telah sedarkan diri dan keadaannya bertambah baik sehingga mampu untuk duduk walaupun pada semalamannya si kecil berada dalam keadaan separuh sedar.

Akhirnya, keputusan ujian yang dibuat menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki ini didiagnosis kerana telah diberi ubat yang salah sehingga membawa kepada kondisi pengambilan dos ubat secara berlebihan. Ibu ini berasa amat terkejut dengan apa yang didengarinya. Kemudian, dia baru teringat sebelum insiden itu, datuk dan nenek si kecil telah memberinya sejenis ubat batuk pada waktu tengah malam untuk meredakan batuk tanpa hentinya.

Kredit : Healthline

Ibu ini tidak berasa was-was dan tidak pula terfikir ia adalah ubat batuk untuk orang dewasa. Kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tidak boleh mengambil ubat batuk orang dewasa kerana ia mengandungi kodeina, yang akan membawa risiko kepada kesihatan kanak-kanak. Menurut FDA, kodeina tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak kerana ia tergolong dalam ubat-ubatan kategori narkotik.

Doktor juga menasihatkan sekiranya ibu ini memberi ubat batuk terlalu kerap kepada anak lelakinya, ia boleh membahayakan kesihatan si kecil. Ubat batuk yang diambil secara berlebihan boleh memberi mudarat dan menjadi racun di dalam badan.

Kredit : NPR

Ibu ini menasihatkan orang ramai dan para netizen agar tidak sesuka hati serta sambil lewa memberi ubat tanpa preskripsi yang betul ke atas anak-anak mereka kerana sudah terbukti ia mampu memberi mudarat kepada kesihatan anak kecil.

Sebagai pengajaran buat ibu bapa atau penjaga di luar sana, sila jangan membuat diagnosis dan memberi preskripsi ubat mengikut perkiraan dan fikiran sendiri kerana anda bukan seorang doktor atau pakar farmasi. Sekiranya anak kecil anda sakit, segera membawanya berjumpa dengan doktor yang pakar dan bertauliah untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

Sumber : EBC , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds