Berpuluh ribu pelancong meninggalkan pulau peranginan Thailand termasuk Koh Phangan dan Koh Tao selepas ribut tropika Pabuk diramal membadai dengan membawa hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.

Perkhidmatan feri dan penerbangan telah dibatalkan buat seketika dan pemindahan telah bermula di Thailand menjelang ribut yang dijangka membadai kawasan pantai selatan.

Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran kepada penduduk tempatan untuk bersedia menghadapi angin kencang dan laut bergelora serta ombak setinggi 6.7 meter telah diramalkan akan melanda di sesetengah kawasan.

Hujan sudah turun di sekitar Teluk Thailand dan hujan lebat dijangka melanda 16 wilayah apabila Pabuk dijangka bergerak ke kawasan terbabit pada hari ini (Jumaat).

Kredit: AP

Terdapat kebimbangan ribut akan menjadi yang paling teruk melanda Thailand sejak tahun 1989, apabila Taufan Gay telah mengakibatkan lebih daripada 400 orang maut.

Pabuk dikatakan sebagai ribut tropika pertama di Thailand membadai pantai selatan setelah hampir 30 tahun.

Ribut Tropika Harriet disenaraikan oleh Jabatan Meteorologi Thailand sebagai taufan paling teruk yang melanda Thailand, membunuh 935 orang pada Oktober 1962.

Kredit: AP

Typhoon Gay melanda pada November 1989, satu-satunya taufan yang pernah melanda Thailand. Mengakibatkan tanah runtuh di selatan dan membunuh 602 orang.

Thailand mendakwa “bebas siklon” dari Januari hingga Mac setiap tahun. Dalam 68 tahun yang lalu tiada siklon tropika telah mengancam Thailand dalam tempoh ini, jadi Pabuk dianggap sebagai bencana alam yang jarang berlaku.

Kredit: AP

Puluhan ribu pelancong dilaporkan menyelamatkan diri dari pulau-pulau peranginan popular apabila Pabuk sedang menghampiri kepulauan Chumphon sekitar jam 7 malam waktu tempatan.

“Kami masih mengumpul sejumlah mangsa yang terlibat. Saya boleh mengatakan beberapa ribu orang yang meliputi lebih 16 wilayah,” kata Putthipong Punnakanta, jurucakap kerajaan Thailand kepada CNN.

“Sekarang adalah musim kemuncak, terdapat ramai pelancong asing di destinasi popular. Kami telah memaklumkan mereka terlebih dahulu sejak dua hari lalu. Ramai yang telah meninggalkan pulau-pulau dan menyelamatkan diri ke tanah besar,” tambahnya.

Kredit: AP

Seorang pelancong Rusia di Koh Samui meninggal dunia pada Rabu lalu ketika dia cuba menyelamatkan anak perempuannya, yang sedang bergelut dalam ombak yang kuat dan besar.

Jabatan Meteorologi Thailand berkata ribut itu akan melanda pantai timur selatan Thailand untuk beberapa hari akan datang, dengan wilayah Surat Thani dan Nakhon Si Thammarat dijangka akan paling terjejas. Surat Thani adalah tempat tumpuan pelancong seperti pulau Koh Samui, Koh Tao dan Koh Phangan.

Kredit: AP

Jabatan Meteorologi berkata ribut itu bergerak dari barat ke Teluk Thailand dengan angin maksimum 65 km/j dan mungkin ombak 3 hingga 5 meter melanda Teluk Thailand, dan 2 hingga 3 meter melanda Laut Andaman. Jabatan itu memberi amaran angin kencang dan lonjakan ribut akan melanda bahagian teluk.

Sumber: news.com.au

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds