JAKARTA – Gunung Agung yang terletak di Karangasem, Bali kembali meletus kira-kira jam 4.09 pagi waktu Indonesia Timur (30 Disember 2018) beberapa bulan selepas insiden pada Jun lalu.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) turut meletakkan status tiga atau siaga berikutan letusan gunung berapi yang dilaporkan berlaku sekitar tiga minit lapan saat itu.

Kredit: BBC

Berikutan insiden berkenaan, orang ramai diarahkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti mendaki ke gunung terbabit dan tidak melakukan aktiviti dalam lingkungan radius 4km dari kawasan kawah Gunung Agung.

Kredit: AFP

“Penduduk, pendaki dan pelancong berhampiran Gunung Agung tidak patut menjalankan aktiviti di zon berbahaya atau dalam radius empat kilometer dari kawah,” menurut kenyataan PVMBG.

Bagaimanapun, jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai iaitu Arie Ahsanurrohim memaklumkan bahawa operasi penerbangan masih lagi diteruskan seperti biasa dan keadaan udara di sekitar Denpasar juga bebas daripada debu.

Kredit: Free Malaysia Today

Sebelum kejadian letusan berlaku, dikatakan tiada sebarang peningkatan aktiviti seismik yang signifikan dilaporkan namun terdapat gegaran kecil yang berpunca daripada gunung berapi telah direkodkan. Gegaran yang berlaku pada 28 Disember ini menunjukkan berlakunya pergerakan magma ke permukaan bumi sekali gus membuktikan bahawa fasa letusan Gunung Agung masih belum tamat.

Terdahulu, Gunung Agung dilaporkan telah meletus pada bulan Jun sehingga Julai dan kembali bertenang beberapa bulan lamanya. Fenomena berkenaan bagaimanapun telah menyebabkan lapangan terbang terpaksa ditutup buat sementara waktu dan mengakibatkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan terkenal itu.

Kredit: Astro AWANI

Menurut BH Online, kali terakhir Gunung Agung memuntahkan lavanya adalah pada tahun 1963 iaitu 56 tahun lalu yang mengorbankan hampir 1,600 nyawa selain memusnahkan beberapa buah perkampungan.

Sumber: BH OnlineVolcano DiscoveryHarian Metronews.com.au

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds