Kita perlu sentiasa bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang senang, boleh pergi ke sekolah, disediakan makanan dan minuman yang mencukupi, bekalan elektrik dan rumah untuk berlindung.

Namun, bukan semua orang bernasib baik…

Kredit: Google Maps

Baru-baru ini, seorang wanita telah melihat kekurangan keperluan di pangsapuri berkos rendah iaitu Desa Mentari yang terletak di Petaling Jaya. Kawasan ini telah diklasifikasikan sebagai ‘kawasan hitam’ oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya disebabkan oleh kes jenayah yang tinggi di situ.

Kredit: Desa Mentari programme

Sekitar lapan tahun yang lalu, sebuah program outreach di Desa Menteri telah dilancarkan bagi beberapa tujuan murni. Antaranya, menyediakan perkhidmatan tuisyen kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran, memberikan bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan serta menganjurkan aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Kredit: Desa Mentari programme

Setiap minggu, sekumpulan sukarelawan di bawah penyelarasnya, Prema Ravindran akan mengajar subjek seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Tamil kepada seramai 40 orang kanak-kanak.

Ketua pusat tuisyen iaitu Timothy Khor akan mengajar mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris pada setiap Sabtu tengahari. Pada hari biasa pula, beberapa sukarelawan lain akan mengajar Bahasa Melayu dan juga Bahasa Tamil kepada murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Kredit: Desa Mentari programme

Majoriti sukarelawan ini adalah daripada Full Gospel Assembly KL dan ada segelintirnya pula adalah individu yang menghuni di kawasan kejiranan itu.

“Kita juga mempunyai pelajar universiti yang mengajar untuk yuran yang rendah. Kami sangat gembira melihat beberapa orang pelajar yang kami ajar dahulu datang kembali mengajar anak-anak kecil yang lain,” kata Khor.

Kredit: Desa Mentari programme

Sementara itu, Prema turut mengongsikan pengalamannya tujuh tahun lalu apabila seorang remaja lelaki bernama Joash Justine datang untuk meminta bantuan sebelum menghadapi kertas peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

“Ibu bapanya tidak mampu untuk menghantar dia dan adik-beradiknya ke tuisyen.”

“Hari ini, Joash bekerja di sebuah bank sementara melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan perniagaan dan kewangan di sebuah universiti tempatan terkemuka.”

Kredit: Desa Mentari programme

Selain mendidik anak-anak ini tentang kepentingan akademik, mereka turut memupuk kemahiran sosial dan membina peribadi yang baik pada semua pelajar. Sikap disiplin, nilai murni dan kemahiran kepimpinan turut dipupuk bagi membentuk peribadi mereka yang lebih baik di masa hadapan.

“Kami pernah melakukan pelbagai acara sebelum ini seperti hari karier di mana kami mengongsikan kepada beberapa beberapa industri berbeza dan bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi, Kami membawa mereka ke Kidzania di mana mereka sangat seronok melihat pelbagai industri dan skop kerja yang berbeza,” ujar Khor kepada SAYS.

Kredit: Desa Mentari programme

Tambah Khor lagi, “Meskipun usaha untuk membantu kanak-kanak ini dengan pelajaran adalah satu perjalanan yang sukar, saya boleh jamin bahawa semua kanak-kanak ini faham kepentingan sekolah pada diri mereka… Kami membantu mereka memahami bahawa mereka boleh menjadi individu pertama dalam keluarga yang akan masuk ke universiti dan menaiktaraf kehidupan mereka agar menjadi lebih baik.”

Kredit: Desa Mentari programme

Diharap agar program seumpama ini dapat mempengaruhi anak-anak ini untuk membuat pilihan yang tepat dalam kehidupan mereka.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular