Patrisha Organo telah bekerja sebagai atendan penerbangan selama empat tahun untuk PAL Express dan baginya, keselamatan, keselesaan, dan keselamatan penumpang adalah keutamaan beliau ketika bertugas.

Oleh itu, apabila seorang penumpang yang merupakan seorang ibu kehabisan susu formula untuk diberikan kepada bayinya yang menangis kelaparan, Organo dengan cepat melangkah untuk membantunya.

(Gambar Patrisha bersama suaminya, Orson Organo)

Kejadian ini berlaku pada 6 November lepas dan beliau berkongsi kejadian ini di Facebooknya yang telah menjadi tular, beliau menulis bahawa mendengar bayi menangis di atas kapal. Sebagai seorang ibu, Organo tahu bahawa bayi itu menangis kerana kelaparan.

“Saya menghampiri ibu tersebut dan bertanya sama ada semuanya baik-baik saja, saya cuba memberitahunya untuk memberi susu kepada anaknya yang lapar. Dia memberitahu saya bahawa dia kehabisan susu formula. Penumpang mula melihat dan terganggu dengan tangisan bayi tersebut. ”

(Gambar keluarga bersama bayi 9 bulan mereka)

Organo yang telah menyusu anak perempuannya yang kini berusia 9 bulan merasakan bahawa beliau perlu melakukan sesuatu sehingga beliau menawarkan sesuatu yang tidak mungkin disangkakan oleh orang lain, iaitu menyusukan bayi yang menangis kelaparan tersebut.

Rakan sekerjanya, Sheryl Villaflor, yang merupakan Pentadbir Talian bertugas, membantu ibu tersebut ke bahagian dapur pesawat di mana tempat organo menyusukan bayi tersebut sehingga tertidur.

“Saya melihat kelegaan pada mata ibunya. Saya terus menyusukan bayi sehingga dia tertidur. Saya menghantarnya kembali ke kerusinya dan sebelum saya pergi, ibu itu dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada saya.”

Organo yang merupakan penyokong susu badan juga tidak pernah menganggap bahawa kongsiannya di Facebook itu akan menarik perhatian ramai orang.

“Apabila saya menyiarkannya di Facebook, ia memberi inspirasi kepada orang lain dan menggalakkan penyusuan susu ibu. Saya sangat terharu dengan komen positif!” katanya.

Penyusuan susu ibu telah lama diketahui untuk meningkatkan kesihatan bayi kerana susu ibu mengandungi nutrisi dan antibodi yang tinggi dan dapat membantu bayi melawan virus dan bakteria.

Menurut sejarah, wanita dari kerajaan Mesir, Yunani dan Romawi biasanya menyusukan anak-anak dengan susu badan mereka sendiri.

Sumber: Facebook/Patrisha Organo, Good Times

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds