Seorang wanita bernama Katie Becattini sangat mahu selamatkan seekor lagi anjing untuk dipelihara tetapi ada satu perkara yang membelenggunya, iaitu adakah Tuck, anjing yang dipeliharanya sekarang akan menerima kehadiran anjing baru dengan baik?

Hal ini kerana, Tuck sangat suka ‘melekat’ dengannya tidak kira ke mana tuan kesayangannya itu pergi. Dia juga akan tidur bersama dengan Katie pada waktu malam. “Apabila Tuck tahu tidak dapat mengikuti saya ke sesuatu tempat, maka Tuck akan sedih”, cerita Katie.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Pada bulan Januari, Katie dan teman lelakinya keluar berjalan-jalan untuk menyaksikan pameran haiwan peliharaan di Oaks, Pennsylvania di mana terdapat kumpulan penyelamat, Salfid Rescue, menunjukkan 11 ekor anak anjing baka Great Pyrenees yang memerlukan tuan dan rumah baharu.

“Sejurus sahaja kami beredar, saya tidak dapat lupakan niat saya untuk memelihara seekor lagi anjing. Tetapi saya risau dia akan menyebabkan Tuck sedih”, jelas Katie.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Bagi mengetahui reaksi Tuck, Katie memutuskan untuk membawanya ke pusat perlindungan anak anjing. Katie dan teman lelakinya telah jatuh hati kepada salah seekor anak anjing di sana – yang paling besar dan gebu dalam kumpulan itu, dinamakan Beau. Sewaktu Tuck bertemu dengan Beau, Tuck memberikan reaksi yang tidak disangka oleh tuannya.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

“Tuck seperti tidak ambil kisah – tidak menyayangi dan tidak mempedulikan Beau. Tetapi dia berubah setelah Beau dibawa pulang bersama ke rumah.

Beau nampaknya tidak boleh berenggang dengan Tuck! Beau sangat obses dengan Tuck. Sejak hari pertama lagi dia mengikuti ke mana Tuck pergi dan akan ‘menangis’ jika Tuck tidak bersamanya”, tambah Katie.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Segala kerisauan Katie untuk memelihara seekor lagi anjing dengan cepat hilang. Beau yang lebih besar daripada Tuck dilihat sangat menyayangi abangnya.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Beau akan memeluk abangnya setiap hari. Katie amat gembira melihat mereka dapat menerima antara satu sama lain.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Tuck juga sudah mula menyayangi Beau seperti mana Beau menyayanginya dan selalu bertoleransi dengan Beau.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Tuck juga akan membiarkan sahaja adiknya yang lebih 50 paun berat daripadanya itu duduk di kepalanya dan buat apa sahaja yang Beau mahu.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Katie sangat bersyukur melihat ikatan erat dan kemesraan yang tercipta antara Tuck dan Beau serta dia berharap agar mereka kekal begini sampai bila-bila.

Kredit: Katie Becattini/Facebook

Kredit: Katie Becattini/Facebook

“Adalah sangat hebat melihat dua ekor anjing yang berbeza personaliti dan ciri fizikal menyayangi antara satu sama lain. Mereka sememangnya mengagumkan!”, akhiri Katie.

Tonton video di sini.

Sumber: The DodoKatie Becattini/Facebook

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds