Nampaknya, seorang peserta telah pun menang sejak wisel permulaan dibunyikan!

Baru-baru ini, sebuah sekolah tinggi di Guizhou, China telah mengadakan hari sukan. Tetapi yang menariknya, sebuah video yang menunjukkan acara larian dengan tiang kayu telah mencuri perhatian ramai.

Kredit: lala siao/YouTube

Peserta yang ditempatkan di baris kedua hujung dari perakam video itu terus memecut setelah wisel dibunyikan, dalam masa yang sama meninggalkan semua peserta lain yang berusaha menggunakan tiang kayu untuk berjalan.

Peserta itu langsung tidak menunjukkan cara berlari yang kekok, dia malahan berlari selaju-lajunya sehingga menyebabkan kami yang menontonnya juga hairan apakah peserta itu benar-benar berlari menggunakan tiang kayu!

Kredit: lala siao/YouTube

Tanpa perlu dipertikaikan lagi, peserta itu semestinya menjuarai acara tersebut dan semua orang memuji kebolehannya!

Acara ini telah dimainkan sejak dari Dinasti Song lagi dan kini acara ini menjadi budaya warisan kebangsaan bagi Negara China. Oleh itu, tidak mustahillah apabila terdapatnya rakyat negara ini yang benar-benar mahir seperti peserta dalam video ini.

Kredit: lala siao/YouTube

Kredit: lala siao/YouTube

Ramai netizen yang menonton video ini turut terhibur dan menyatakan, “Dia lebih laju berbanding saya yang berlari 100 meter menggunakan kaki.”

Selain itu, terdapat juga netizen yang menyatakan tentang peserta lain yang sudah ‘kalah’ di garis permulaan. Oh, acara ini sungguh menghiburkan!

Mari saksikan rakaman video yang dimaksudkan, kami yakin anda tidak akan menyesal!

Kredit: lala siao/YouTube

Sumber: cocomy.netlala siao/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds