AMPANG – Satu video mengejutkan memaparkan sebuah kedai makan yong tau foo terkenal yang terbakar dijilat api kini menular menerusi aplikasi WhatsApp dikhabarkan berlaku semalam, 19 Oktober 2018.

Kredit: The Coverage

Rakaman video yang dipercayai diambil bertentangan dari kawasan sekolah berdekatan iaitu SJK (C) On Pong menunjukkan para pelajar mulai bertindak meninggalkan bilik darjah dan diarahkan untuk berkumpul di padang sekolah.

Kredit: The Coverage

Menurut laporan The Coverage, kedai makan yang terbakar itu merupakan restoran Fong Fong Yong Tau Foo yang terkenal di Ampang. Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti.

Kredit: The Coverage

Video berdurasi 54 saat yang mula menular sejak semalam itu menunjukkan asap hitam yang tebal di samping api yang marak membakar kedai berkenaan.

Tonton video di sini.

Sumber: The Coverage

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds