Harapan seorang lelaki dari Malaysia yang ingin melancong ke Korea Selatan bersama rakan-rakannya hancur musnah apabila dia diarahkan untuk patah semula ke Malaysia pada hari yang sama dia tiba di Lapangan Terbang Incheon.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai BocahLanang SuDirwan telah mengongsikan sendiri pengalaman pahitnya ‘dihalau’ untuk balik semula ke Malaysia sebaik sahaja menjejakkan kaki di negara Asia Timur itu.

Kredit: blogspot.com

Menurut perkongsian BocahLanang, dia gagal semasa pemeriksaan di kaunter imigresen memandangkan pintu masuk negara dikawal dengan begitu ketat bagi menangani isu lambakan pekerja asing di negara itu.

“Untuk makluman semua, sekarang ini memang kerajaan Korea memandang berat terhadap isu lambakan pekerja asing di negara tersebut. Hal ini menyebabkan mereka telah mengadakan kawalan ketat di pintu masuk negara mereka. Mana-mana pelancong yang mereka rasa meragukan tanpa sebarang alasan akan terus dihantar pulang pada hari yang sama.”

Jelas BocahLanang, dia bersama lapan lagi rakannya telah tiba di Lapangan Terbang Incheon sekitar jam 8 pagi pada 4 Oktober yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan pegawai meragui tujuan kedatangannya, BocahLanang telah dihantar pulang ke Malaysia pada jam 4.30 petang hari yang sama.

Puncanya hanyalah disebabkan BocahLanang tidak menyatakan jenis pekerjaannya di borang ketibaan.

Kredit: BocahLanang SuDirwan / Facebook

“Seperti negara-negara lain yang aku pergi sebelum ini, kebiasaannya aku tidak pernah isi jenis pekerjaan di dalam borang ketibaan dan boleh diterima tetapi kali ini aku terkandas.”

Dia kemudiannya terus dibawa ke sebuah bilik pengasingan dan diarahkan untuk mengecop dua jari telunjuk kanan dan kiri, mengambil sekeping gambar dan mengisi sehelai borang.

“Aku ingat tidak ramai dalam bilik siasatan, sekali penuh manusia. Ramai pelancong dari Thailand masa itu. Nak dipendekkan cerita aku tunggu lebih kurang 4 jam ke 5 jam sebelum dipanggil untuk siasatan.”

Kredit: South China Morning Post

“Semasa menunggu masa untuk disoal siasat, aku cuba minta izin daripada pegawai imigresen supaya nak beri wang dengan t-money kepada rakan yang menunggu di luar. Haram! Permintaan aku ditolak sekeras-kerasnya oleh pegawai tersebut.”

Setelah berjam-jam menunggu, kini tiba masanya untuk sesi soal siasat. BocahLanang telah dipanggil oleh seorang pegawai perempuan dan seorang penterjemah yang boleh bercakap di dalam Bahasa Melayu. Antara soalan yang diajukan adalah mengenai jenis pekerjaan, beramai ramai yang datang ke Korea bersamanya, nama tempat yang ingin dikunjungi, jumlah wang yang dibawa pada waktu itu dan dia turut diminta untuk menyebut nama penuh setiap rakannya.

Akan tetapi, setelah sesi soal siasat berakhir, pegawai berkenaan tetap tidak berpuas hati lantas terus menghulurkan sehelai borang untuk diisi yang melarang BocahLanang untuk masuk ke negara tersebut.

Kredit: businessinsider.com

Meskipun BocahLanang berkali-kali menjelaskan tujuan kedatangannya adalah untuk melancong, pegawai di sana tetap mengganggapnya sebagai buruh haram yang ingin bekerja di Korea sekali gus menyebabkan dia dihantar pulang dalam kadar segera.

“Aku cuba meminta izin untuk memberikan wang dan t-money kepada kawan-kawan yang tunggu di luar. Dengan nada yang sombong dia cakap NO!”

“Aku terus diiringi ke ruang pelepasan antarabangsa untuk dihantar pulang ke Malaysia. Siap escort sampai dalam flight! Fuhh. Pasport aku memang dia pegang dan diberikan setibanya di KLIA.”

Justeru, BocahLanang berharap agar pengalamannya ‘balik hari’ ini dapat dijadikan sebagai pengajaran buat orang ramai yang bercadang ingin melancong ke Korea Selatan.

“Pesanan aku pada anda yang nak ke Korea, pastikan segala persiapan mental dan fizikal. Kalau boleh, hafalkan semua tempat yang mahu pergi itu. Ya, memang tak semua orang dia akan panggil tapi kalau nasib tak baik jadi macam aku lah.”

Sumber: SAYSBocahLanang SuDirwan/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds