SEREMBAN – Lima pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dilaporkan terperangkap dalam sebuah unit rumah pangsa di Lobak ketika cuba melarikan diri setelah menyedari kegiatan ponteng sekolah mereka terbongkar.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi pada 19 Oktober yang lalu, anggota bomba telah dikerahkan untuk ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan kesemua mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima kerana terperangkap dan terkunci di dalam sebuah rumah di tingkat tiga.

Kredit: Sinar Online

Ahli Dewan Undangan Negeri Lobak, Chew Seh Yong memaklumkan bahawa para penduduk telah menghubungi beliau bagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Tambah Seh Yong lagi, dua orang guru sekolah juga telah datang ke rumah pangsa tersebut bagi menyelesaikan perkara terbabit.

“Saya juga menghubungi polis yang datang tidak lama kemudian. Menyedari kehadiran polis, para pelajar itu cuba melarikan diri.”

Kredit: Kosmo

“Bagaimanapun, enam daripada mereka termasuk seorang pelajar perempuan bertindak memanjat dan turun dari serambi di dapur rumah ke tingkat tiga tetapi mendapati mereka terperangkap di dalam rumah yang berkunci.”

Justeru, pasukan anggota bomba terpaksa dihubungi bagi membantu menyelamatkan keenam-enam pelajar yang terperangkap. Misi menyelamat selesai sekitar jam 10.30 pagi dan para pelajar berkenaan terus dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan seterusnya.

Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Sumber: KosmoSinar OnlineInfo Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds