Jika kita sebut sahaja kucing, pasti majoriti akan menyukainya tidak kiralah sama ada ia bersaiz besar ataupun kecil. Terdapat juga segelintir individu yang suka akan spesies kucing besar seperti singa, harimau bintang dan kucing hutan dan sebagainya. Malangnya spesies kucing sedemikian sedikit ganas dan ia tidak akan membenarkan manusia mendekati dirinya. Namun, bagi yang ingin membelanya, jangan runsing kerana kami akan senaraikan kucing bersaiz besar yang boleh dibela.  

#1 Kucing Savannah

Kredit: © Drwillpowers / reddit

Kucing Savannah merupakan kucing kacukan antara serval dan domestik terbesar dan termahal pada masa kini. Kucing Savannah dewasa boleh mencapai berat sehingga 20 paun (9 kilogram). Namun, berbeza dengan sifat liar dan ganas yang diwarisi genetiknya, ia dikatakan agak tenang, terbuka, mesra dan bijak!  

#2 Kucing Hutan Norway

Kredit: © bossy202 / reddit   © hkh25 / reddit

Kucing ini merupakan satu-satunya kucing yang boleh turun ke bawah dengan kepalanya dahulu. Ia juga merupakan antara penghuni apartmen yang hebat kerana bersifat baik walaupun saiznya agak mengagumkan – jantan boleh menimbang hingga 15 paun (7 kilogram), betina pula sedikit ringan. Jika anda mahu membela kucing ini, anda harus tahu bahawa kucing Norway adalah pemburu sebenar dan memerlukan gaya hidup yang aktif.

#3 Maine Coon

Kredit: © unknown author / imgur

Kredit: © stinkylinkydingdong / imgur

Ia merupakan baka kucing terbesar di Amerika Syarikat. Purata kucing jantan baka ini boleh mencecah berat antara 10 hingga 16 paun (5-7 kilogram) manakala betina pula antara 7-11 paun (3-5 kilogram). Ia boleh mencapai sehingga 3.2 kaki panjang dan kelihatan sama seperti kucing baka ‘Lynx’. Tidak seperti kucing lain, kucing Maine Coon suka berenang.

#4 Kucing Siberia

Kredit: © rebl_ / reddit   © 74Jon352 / reddit

Kucing ini berasal dari Rusia. Ciri yang paling menarik pada baka ini ialah ia kelihatan sama seperti anjing. Ya, ia akan merindui tuannya dan pandai mengekspresikan kasih sayang kepada tuannya. Kucing ini juga dipercayai bersifat hypo-allergenik kerana terdapat sedikit alergen dalam bulu dan air liur mereka. Jadi, jika anda alah kepada kucing tetapi masih ingin membelanya, ini mungkin peluang anda!

#5 Kucing Van

Kredit: © MoralRelativity / reddit   © coachkellyreiter / instagram

Kucing ini merupakan salah satu daripada kucing domestik tertua. Ia merupakan pilihan terbaik buat anda yang mahu membela binatang lain di rumah kerana ia sangat baik. Ia mudah mesra dengan anjing dan kucing yang lain. Ia juga dikatakan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, aktif, sukakan kanak-kanak, permainan dan perhatian.

#6 Rag doll

Kredit: © TheAmericanWay1597 / reddit   © guaro8911/ reddit

Kucing baka ini merupakan antara kucing yang paling digemari orang ramai. Hal ini kerana baka ini dihasilkan menerusi kacukan bagi mendapatkan kucing yang sangat mesra dengan manusia. Ia dipanggil rag doll kerana ia akan santai apabila disentuh oleh manusia. Bagi jantan dewasa, ia boleh mencecah berat sehingga 24 paun (11 kilogram) dan mencapai panjang sehingga 3 kaki. Kucing ini juga dikatakan amat bijak dan mempunyai kekuatan memori yang tinggi.

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds