Menjadi seorang ibu bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk dipikul. Selain perlu memastikan rumah sentiasa bersih dan teratur, memasak untuk keluarga, menjaga anak, ibu juga perlulah sentiasa memastikan kesihatan fizikal mereka di tahap yang baik dengan melakukan senaman.

videoPlayerId=bae800a9f

Ad will display in 09 seconds

Supaya nanti tidak akan berlakunya kes suami mengadu isteri sudah kehilangan bentuk badan seperti semasa baru berkahwin dan sebagainya…

 

Jangan jadikan kesibukan berumahtangga sebagai alasan untuk anda membiarkan bentuk badan anda mulai menggelebeh sana sini. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pengambilan makanan seimbang, anda pasti akan kekal sihat demi suami dan juga anak-anak.

Untuk itu, anda boleh menjadikan rutin senaman bersama anak-anak sebagai langkah pertama menuju ke kehidupan yang lebih sihat. Malah, aktiviti ini juga dapat mengelakkan anak-anak daripada terlalu leka dengan permainan video dan juga televisyen.

Apa yang lebih penting adalah, semua orang pasti akan berseronok melakukannya. Aktiviti bersenam mungkin tidak menjadi keutamaan bagi anak kecil tetapi peluang untuk melakukan sesuatu bersama-sama ibu pastinya akan menjadi detik terindah dalam hidup mereka.

Anda tidak perlu membazir wang ringgit dengan mendaftar sesi senaman di pusat gimnasium. Sebaliknya, anda boleh melakukan aktiviti ini di rumah yang semestinya dapat memberikan keselesaan kepada anda dan anak kecil.

Tambahan pula, melihat ibu bapa melakukan aktiviti yang berfaedah seperti ini pasti akan meninggalkan kesan positif kepada anak-anak pada jangka masa yang panjang. Hal ini kerana kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar.

Justeru, dengan melihat ibu bapa melakukan senaman, kanak-kanak juga pasti akan terbiasa melakukannya sehingga mereka dewasa kelak. Semuanya demi memastikan kesihatan tubuh terjamin.

Tonton video kompilasi para ibu yang berusaha untuk mengekalkan kesihatan mereka bersama anak-anak. Sungguh memberi inspirasi!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds