Pusat Penyelidikan Panda di Chengdu, China merupakan satu pusat penyelidikan, membiak baka, pemuliharaan dan pemeliharaan baka panda gergasi dan panda merah. Ia merupakan rumah kepada 120 panda gergasi dan 76 panda merah.

videoPlayerId=1d17768aa

Ad will display in 09 seconds

Rakaman video ini menunjukkan bagaimana dua ekor anak panda berusia sebulan sedang dijaga dengan sangat baik dan teliti di pusat ini.

Pernahkah anda melihat anak panda kecil dijaga dengan sangat baik dan teliti di pusat penjagaan seperti ini?

Seekor anak panda sedang berbaring dengan comel sambil dilindungi dengan selimut merah jambu yang hangat. Merah jambu bermakna anak panda betina bukan?

Dua ekor anak panda baru lahir yang sangat comel!

Anak panda kembar yang baru berusia satu bulan. Panda yang bertuah hanya akan melahirkan anak setiap dua tahun sekali.

Pusat penjagaan panda ini juga merupakan pusat penyelidikan dan pembiakan baka panda.

Amat sukar untuk membiak baka panda dan apabila panda melahirkan anak, anak itu perlu dijaga dengan teliti dan sempurna supaya dia dapat membesar dengan sihat.

Setiap anak panda yang dilahirkan di Pusat Penyelidikan Panda di Chengdu, China ini akan mendapat layanan yang istimewa. Oleh kerana panda merupakan spesies haiwan yang semakin mengalami kepupusan, dengan jumlahnya hanya tinggal 1,864 ekor di habitatnya, kewujudan pusat penyelidikan ini amat penting dalam usaha memelihara dan memulihara kehidupan spesies panda di China.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds