Rata-rata individu sangat menyukai hasil kerja lukisan menggunakan warna air kerana ia sangat cantik, seakan-akan mudah sahaja membuatnya, bukan?

videoPlayerId=b34458af1

Ad will display in 09 seconds

Namun, ia sebenarnya menggunakan teknik yang agak rumit. Bagi mereka yang mempunyai bakat seni lukis, sudah pasti ia tidak menjadi masalah.

 

Umumnya, aktiviti melukis ini bukan sahaja merupakan satu hobi, namun ia juga membantu anda lebih tenang daripada sebarang tekanan. Selain itu, ia turut berupaya untuk mengembangkan tahap kreativiti di samping membantu anda melihat dunia daripada perspektif yang berbeza – sifat warna dan alam semula jadi, cahaya, dan bayang-bayang yang dapat dizahirkan di atas kertas ataupun kanvas!

Ringkasnya, warna air terdiri daripada pigmen bewarna yang dicampur dengan air manakala konsistensinya bergantung kepada jumlah air yang dicampurkan pada warna berkenaan sama ada pekat atau pun lebih cair. Ada yang mengatakan bahawa warna air merupakan antara teknik yang rumit kerana ia kering dengan cepat dan tiada cara untuk memadam sebarang kesalahan yang telah dibuat.

Untuk melukis panorama alam semula jadi, adalah disarankan untuk menggunakan warna air kerana ia sangat ‘lembut’ dan ‘kabur’ menampakkan hasilnya kelihatan seperti nyata kerana ia berasakan air.

Antara peralatan lain yang harus ada ialah satu set lukisan warna air, kertas artistik fabriano dan berus lukisan.

Selain daripada itu juga, perlu ada dua gelas air bagi membersihkan berus lukisan dan palet warna bagi mencampurkan warna mengikut hasil lukisan yang anda ingini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah basahkan berus dengan air, letakkan sedikit warna air pada palet lukisan dengan membentuk seperti lopak, lalu aplikasikannya di atas kertas dengan menarik-narik berus anda sehingga ia menghasilkan strok kecil dan panjang pada kertas.

Perkara penting yang harus diingatkan ialah anda harus sentiasa sabar ketika melukisnya kerana hasil yang cantik dan memukau mengambil masa panjang dan tahap kesabaran yang tinggi.

Era Baru

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds