Anjing sememangnya teman baik manusia. Selain mempunyai sifat pelindung, anjing juga boleh dilatih untuk mempelajari atau memahiri sesuatu perkara.

videoPlayerId=62f9f9338

Ad will display in 09 seconds

Anjing boleh dilatih untuk menimbang bola, menjaga kawasan rumah mahupun menjadi penjaga bayi yang setia sepanjang masa!

Dalam video di atas, anda akan menyaksikan kelakuan seekor anjing comel yang sangat rajin. Anjing ini dikatakan gemar membantu tuannya membina rumah dan antara tugas yang dilakukan oleh anjing ini adalah dengan membancuh pasir bersama simen menggunakan hidungnya sendiri!

Anjing berbaka Aspin berusia dua tahun yang dinamakan sebagai Earl ini mula menerima jawatan sebagai pembancuh simen tercomel di sebuah tapak pembinaan yang terletak di Cebu, Filipina pada 2 September yang lalu.

Menurut tuan empunya Earl iaitu Cheryl Alburo, “Anjing benar-benar mempunyai inisiatif tersendiri”.

“Earl sangat teruja membantu kami membina rumah. Apabila Earl melihat kami memulakan pekerjaan, Earl akan turut serta”.

Video berdurasi 1 minit 27 saat ini dengan jelasnya memaparkan Earl si anjing yang rajin sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen…

Malah, anjing ini benar-benar menunjukkan dedikasi apabila tuannya berhenti bekerja seketika dan Earl masih tetap meneruskan tugasannya tanpa merungut. Earl boleh diibaratkan seperti seorang pekerja yang baharu sehari masuk bekerja. Rajin dan amat menurut perintah!

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, mungkinkah kerajinan Earl ini disebabkan oleh tindakan individu di sekeliling yang sedang memerhatikannya? Anda juga pasti akan berpura-pura rajin jika majikan anda sedang berada berdekatan dan memerhatikan cara anda bekerja bukan?

Atau mungkin Earl sememangnya dilahirkan untuk mempunyai sikap gemar membantu?

Apa-apa pun, pemilik Earl pasti sangat bersyukur kerana mempunyai anjing sehebat ini…

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds