Kisah yang akan dikongsikan ini memaparkan keberanian seorang wanita yang sedang bergelut dan ketakutan kerana terpaksa hidup dengan lelaki yang jahat! Bagaimanapun, berkat keberaniannya, wanita ini berjaya membebaskan diri daripada menjadi mangsa penderaan dan keganasan.

Dalam sebuah video di Facebook berdurasi 3 minit 43 saat ini, seorang wanita bersama teman lelakinya telah pergi ke sebuah klinik haiwan untuk memeriksa tahap kesihatan anjing peliharaannya.

 

Semasa sedang menunggu giliran mereka untuk menemui doktor, wanita ini telah meminta teman lelakinya untuk menjaga anjing tersebut sementara dia pergi ke tandas.

Sebaik sahaja keluar dari tandas, wanita berkenaan secara sembunyi telah menyerahkan sekeping nota kecil kepada pekerja yang berada di kaunter penyambut tetamu. Dalam keadaan ketakutan dengan tangannya menggeletar, pekerja tersebut menyambut nota itu lalu membacanya.

 

Setelah membaca isi kandungan nota itu, pekerja berkenaan yang kelihatan terpinga-pinga turut berkongsi kepada rakan sekerjanya mengenai nota tersebut.

“Hubungi polis. Teman lelaki sedang mengugut saya. Dia mempunyai sepucuk pistol. Tolong jangan beritahu dia.”

 

Kedua-dua pekerja Hospital Haiwan DeLand ini kemudiannya menyedari bahaya yang menimpa wanita malang ini lantas bertindak meminta kedua-dua pasangan tersebut untuk menunggu di sebuah bilik khas. Pada masa yang sama, mereka turut menghubungi pihak polis bagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

 

Kini, apa yang perlu mereka lakukan adalah kekal tenang dan hanya menunggu bantuan keselamatan tiba. Kira-kira 15 minit kemudian, seramai lima anggota polis tiba di lokasi untuk menahan lelaki terbabit.

 

Tanpa pengetahuan si teman lelaki, tiga pegawai polis telah masuk ke bilik menunggu dan segera menahannya. Mereka turut merampas pistol yang dibawa oleh lelaki tersebut.

 

Sebaik sahaja merasakan dirinya selamat, wanita tersebut terus menangis dan menunjukkan kesan lebam yang ada pada badan dan juga matanya. Menurut mangsa, dia telah dikurung selama dua hari di rumahnya selain turut dipukul dan diancam dengan pistol.

 

Justeru, satu-satunya cara untuk dia melarikan diri dari mimpi ngeri tersebut adalah dengan memujuk teman lelakinya untuk pergi ke klinik haiwan berkenaan. Meskipun ketakutan, wanita ini berjaya menenangkan dirinya dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku di hadapan lelaki durjana itu!

Nasib baik, usahanya untuk mendapatkan bantuan berjaya dan wanita ini dibebaskan daripada terus menjadi mangsa penderaan serta ugutan teman lelakinya. Keberanian wanita ini seharusnya dipuji dan dikongsikan bersama agar menjadi pedoman buat sesiapa sahaja yang mungkin pernah mengalami situasi seperti ini.

Kredit: Crazy Baby/Facebook

Sumber: Crazy Baby/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds